Cara meningkatkan produktiviti semasa bekerja atau belajar

*tekan pada gambar untuk membaca artikel penuh dan gambar yang lebih besar*
Killing Time: How to Destroy Your Productivity


Hari ini Zue nak share satu lagi artikel menarik yang Zue baru saja terbaca dua-tiga hari yang lepas. Artikel ini menceritakan 7 perkara yang sebenarnya membantutkan usaha kita untuk menjadi lebih produktif semasa bekerja.

1. Membuka emel setiap 2 minit
Okay yang ni Zue rasa jarang kot dibuat, melainkan bila nak tunggu emel yang menyatakan cek MARA dah sampai, memang 2 minit sekali Zue buka emel tunggu bila la cek nak sampai. Mungkin emel ni sepatutnya kita buka sekali pada waktu pagi sebelum mulakan tugas harian kita, lepas tu tengah hari sebelum atau selepas lunch hour kita cek lagi sekali dan akhir sekali sebelum habis office hour kita cek sekali lagi, dah cukup kot?

2. Menyepahkan meja ataupun ruang bekerja
Meja yang bersepah ni memang selalu sangat terjadi pada saya secara personal. Meja kat bilik tempat mengulangkaji selalu sangat bersepah bila buat kerja. Kita bukan saja penat otak dan mata sebab nampak benda-benda yang tak terurus, tapi juga akan mengurangkan tahap produktiviti selain menambah stress.

3. Kurang bersikap ergonomikal
Yang ni saya tak berapa faham sangat tapi menurut infografik di atas, sebagai contoh penggunaan kerusi yang dipilih juga akan memberi kesan kepada tahap produktiviti kita. Kalau kita menggunakan kerusi yang memudahkan kita untuk berasa penat, maka kurang produktif lah kerja kita nanti.

4. Membuat multi-tasking
Menurut infografik itu lagi, multi-tasking menjejaskan markah IQ kita sebanyak 10 point. Zue selalu juga multitasking ni sebenarnya. Tak sangka pula multi tasking ni ada keburukannya juga ya. Mungkin di sini maksudnya, kalau nak semua tugas diselesaikan dengan sempurna, hendaklah kita menyelesaikannya satu persatu, bukan secara serentak buat semua kerja.

5. Memasang terlalu banyak notifikasi
Semasa bekerja, kalau kita biarkan Facebook, Twitter dan apa-apa saja aplikasi lain yang kerap menghantar notifikasi kepada kita juga akan mengganggu produktiviti kita. Maka Zue rasa adalah elok kiranya kalau saya off atau turn to flight mode semua phone sepanjang kelas dan ketika mengulangkaji pelajaran. Huhu mampu ke? Tidak dilupakan juga, bila nak buat research, nak blok facebook, sanggup tak ek?

6. Membenarkan orang lain mengganggu kita
Kalau nak exam final, lagi seminggu nak exam tu Zue memang tak boleh study group dah. Tak boleh diganggu orang lain dah waktu tu. Dan ada pada masa-masa tertentu dalam 24 jam sehari Zue akan berasa tidak suka diganggu oleh orang lain. Kadang-kadang Zue duduk kat cafe sambil minum seorang diri sebab taknak diganggu orang lain. Mungkin patut dipraktikkan ketika melakukan tugasan.

7. Menyenaraikan "to-do-list" yang terlalu panjang
Kalau terlalu banyak senarai benda yang nak dibuat ditampal di dinding pun tak boleh juga. Sebab benda ni akan buat kita stress. Lagi pun, benda ni akan menggalakkan kita untuk menangguh pekerjaan. So macam mana ni? Kena make sure "to-do-list" kita ringkas dan simple lah agaknya. Tapi kalau dah memang banyak nak buat macam mana ye? hmm

p/s semoga bermanfaat

1 Komen:

Linda berkata...

Info berguna! Thanks

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*