Inovasi terbaru NIVEA | NIVEA brings us the 1st rinse- off body lotion

Jacuzzi Horizontal ENG KV-towel CS5


NIVEA kini tampil dengan satu lagi inovasi terbaru mereka. Losyen pertama yang perlu dibilas selepas penggunaan. 'NIVEA In-Shower Skin Conditioner' bertindak seperti conditioner syampu, selepas menggunakan sabun pilihan anda, bilas dan kemudiannya sapukan 'NIVEA In-Shower Skin Conditioner' ke badan dan bilas sekali lagi. Sungguh mudah!

Review
Packaging - 'NIVEA In-Shower Skin Conditioner' dalam bentuk tiub. Pada saya ada satu masalah di sini sebab kita tak dapat nak gunakan sampai habis bak kata pepatah 'hingga ke titisan losyen yang terakhir' tapi packaging yang macam ni lebih secure dan hygiene.
Tekstur - Cara penggunaan yang dibilas selepas disapukan ke badan ini akan memberikan lebih keselesaan kepada pengguna, terutamanya apabila kita nak cepat pagi-pagi. Lagi satu, selepas dibilas, kalau berpeluh dia tak akan rasa berminyak macam kebanyakan losyen di pasaran.

Sebelum ni pun memang saya pakai losyen dari NIVEA juga, iaitu NIVEA whitening cell repair orange. Memang best sangat sebab tu yakin je nak try 'NIVEA In-Shower Skin Conditioner' ni.

Dengan menggunakan 'NIVEA In-Shower Skin Conditioner' ni tak lama lagi melekat lah rutin memakai losyen setiap kali selepas mandi ni. Kalau dulu memang malas gila nak apply losyen selepas mandi.

Sebab apa? Sebab bila cuaca panas badan rasa melekit so sebelum ni just pakai malam sebelum tidur je. Lepas ni tak ada alasan untuk skip pemakaian losyen di pagi hari!



p/s: Jom lah cuba produk terbaru dari NIVEA ni!

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*