January Top Commenters



Hari ini Zue nak share sikit siapakah bloggers yang paling rajin komen blog ni sepanjang bulan Januari 2014 ni. Pemerhatian terakhir dilakukan pada 31 Januari 11.59 malam. Maka kalau ada orang yang komen selepas itu, kita kira next month je lah ye? Hehe. Gambar yang Zue gunakan ini adalah gambar yang display di widget top commentors Zue di sidebar blog tu. Kalau tuan punya gambar tak suka gambarnya diletak dalam entri, habaq kat cek :)

1. Khir Khalid (31 komen)
Seingat Zue baru jugak lah Zue follow blog di alamat www.khirkhalid.com ni. Dan apa yang menarik dengan blog ini adalah penggunaan Bahasa Melayu nya tanpa short form dan amat tersusun formal bahasanya. Kalau ada pun sikit-sikit penggunaan bahasa Inggeris ataupun short form penulis blog ini mesti akan letakkan " ". Sebanyak 31 komen ditulis sepanjang bulan Januari, terima kasih.

My Photo
2. Invisible Me (29 komen)
Blog Invisible Me ini pula di alamat http://invisiblenote.blogspot.com/ ada buat latest segmen khas untuk meraikan hari jadi para bloggers. Kalau Zue google-google nak tonton drama Melayu yang latest, biasanya blog Invisible Me ni agak top dalam result pencarian. Kiranya top juga lah kan kan? Hee walaupun dah top, penulisnya tetap rajin blogwalking sana-sini. Terima kasih bebanyak tau hehe.

3. Pha Is (27 komen)
Pha Is pula, kalau sebut je nama dia, ataupun kalau nampak je komen nya pasti Zue akan teringat dua benda. Yang pertama, dia student farmasi dan lagi satu minat sangat dengan motor.  Blog Pha Is pula di alamat http://pening-pala.blogspot.com/ . Memang pening kepala kadang-kadang haha. Kalau ajak chatting di Google Talk pun dia sangat ramah berbicara. Thank you :)

My Photo
4. Ejulz (26 komen)
Ejulz pula nama blognya sahaja sudah mampu memberi tahu kita dari mana asal-usulnya. Blog ejulz bernama Kampung Kameq di alamat http://kampung-kameq.blogspot.com/ . Walaupun Zue dah duduk di Sarawak 2 tahun tapi kadang-kadang duk cari dalam blog ejulz kot-kot dia ada ajar bahasa Sarawak sikit-sikit kan. Dapat tambah vocabulary heehe. Entri nya bersifat santai dan entertainment kot? Apa pun, thanks lah sudi melawat blog Zue :)

5. Gee Lion (24 komen)
Gee Lion pula mempunya nama hampir sama seperti nickname mak Zue. Mak dikenali sebagai Gee jadi masa first time nampak komen dari Gee Lion, Zue sangkakan mak Zue. Hehehe ampun, salah orang rupanya. Layari http://diaridandelion.blogspot.com/ untuk melawat blog Gee Lion yang mana entrinya laya dengan bahasa yang punya makna tersirat dan jalan cerita yang kadang kala menyentuh hati.

Akhir kata, Zue nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan ulasa di blog Zue. Bukan sahaja kepada 5 orang bloggers yang tersenarai di atas, tapi juga kepada mereka yang lain yang sudi tulis komen di bawah entri-entri Zue. 

10 Komen:

Farah Waheda Wahid berkata...

tahniah diucapkan kepada top commentators...

NinaAz berkata...

bulan ni nina pulak lah. hehehee

Wafi Remli berkata...

Rajin betul blogwalking...

Abak Lorong Cinta berkata...

Wah..mereka mmg terbaik!!

Kathy R'bain berkata...

tahniah buat mereka semua..

sYiRa LoKMaN berkata...

tahniahhh !

PakcikLie PCL berkata...

saya memang sukar jd top kometar mana2 blog ..Tahniah utk mereka.

Gee Lion berkata...

Tenkiu cik Zue..
Eh dah jadi mak dah aku.
Hehehe..
I'm okay with the picture. >.<

Inshaa Allah selagi blog cik Zue masih segar dan saya masih punya waktu terluang, blog cik Zue pun antara blog wajib yg pasti saya akan datang singgah.. (:

Thanks a lot once again cik Zue. :')

Invisible Me berkata...

Hehe. Terima kasih.
Tahniah jugak yg lain :)

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah kepada yang tersenarai.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*