Keyword: First Day MRSM

Gambar dari: Google Image


Hari ini nak menjawab satu keyword di Nuffnang tapi dalam versi twisted. Macam mana ye hari pertama saya di MRSM suatu masa dahulu? Ni nak cerita pagi pertama saya di MRSM Batu Pahat. Kepada semua, sila pakai cermin mata 3D untuk efek yang lebih gempak :')

Bilik di MRSM Batu Pahat boleh memuatkan 4 orang sahaja. Masa baru-baru saya masuk dulu saya cuma ada seorang roomate kerana lagi dua belum sampai. Malam itu, kami tidur sangat nyenyak sebab penat orientasi.

Pada esok paginya, saya terdengar azan pada pukul 4 pagi sedangkan pukul 6 pagi baru subuh. Mungkin kampung-kampung bersebelahan melaungkan azan untuk mengejut penduduk kampung supaya beramai-ramai pergi ke surau atau memang ada "kampung" yang sudah tiba subuh.

Then saya mula dengar bunyi selipar orang berjalan menuju ke tandas. "keset, keset, keset" bunyi selipar jepun jalan atas lantai yang basah. Lepas tu dengar pula bunyi orang bawak baldi nak mandi, macam ada gayung dalam baldi tu duk bergolek2 sambil dibawa oleh tuannya.

So saya pun over excited gila nak keluar pergi mandi sekali. Maklum la hari pertama duduk asrama seumur hidup kan? Saya keluarkan baldi bawah katil dan keluar bilik untuk menuju ke tandas. Saya buka pintu bilik dan TAK ADA ORANG LANGSUNG KAT LALUAN DEPAN BILIK TU!!

"Orang dah masuk tandas kot" fikri saya, tengok roomate yang baru dikenali semalam duk tidur lagi, malas nak kacau. Saya pergi ke tandas untuk mandi dan TAK ADA ORANG LANGSUNG DALAM BILIK AIR!! Saya mandi laju-laju dan terus balik bilik semula. 

Pukul 5 pagi baru lah saya nampak blok belakang, blok senior start ada orang keluar dari bilik untuk mandi dan blok saya sendiri, pukul 5.30 macam tu baru ada orang start keluar pi mandi. SIAPA YANG JALAN PAKAI SELIPAR JEPUN DAN BALDI RAMAI-RAMAI TADI TU??

Saja ja nak citer gempak sikit :p

5 Komen:

Pha Is berkata...

bestnya 1 bilik 4 orang.. pha is dulu duk asrama 1 dorm 16 orang..

Karimah Zulkafali berkata...

Haha, ingat ending menakutkan takdi ;p

Gee Lion berkata...

Eh eh.. jangan-jangan encik Han datang mengusik nak ucap Welcome kot.. Hehehe..

Naniey Jemiey berkata...

belajar rajin2 tau

nur aliya berkata...

hye. Belajar kat MRSM batu pahat yea. saya orang batu pahat. Nice to know you. Aliya :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*