Layanan Terhadap Pelanggan




Bulan lepas, saya ditimpa sakit yang menyebabkan saya muntah-muntah dan macam-macam lagi. Sakit yang datangnya bulan-bulan. Eh? Jadi nak selesaikan masalah ini satu je, makan painkiller. Sebab sakit satu badan. Dari sakit kaki, sakit pinggang, sakit belakang dan macam-macam lagi.

Saya sebenarnya tak berapa suka makan painkiller, tapi disebabkan tengah kerja, terpaksa ambil juga. Jadi abang sedara yang sama-sama kerja satu tempat pun bawa saya ke farmasi terdekat. Dekat farmasi tu ramai sangat customer beratur untuk beli ubat. Bila saya masuk je, terus pening kepala sebab kuat sangat bau ubat.

Tak pasal-pasal muntah-muntah lagi sehingga orang di sekeliling menganggap saya mengandung. Hua hua hua. So abang sedara tu pun bawa saya ke farmasi lain. Mujur tak ada pelanggan. Saya terus ke kaunter minta ubat yang sepatutnya. Pekerja di kaunter tu pun ambil ubat dan marker pen untuk tuliskan preskripsi nya.

Sambil-sambil tu, dia terus berpusing ke belakang untuk sambung berbual dengan kawan-kawannya. Sebelum saya sampai tu, dia memang tengah berbual jadi sambil pegang ubat dan marker pen tu dia terus pusing dan berbual lama sangat. Saya ni dah macam mayat hidup muka pucat gila dengan tak mampu nak berdiri lama sangat terpinga-pinga tengok attitude dia.

Saya dalam hati macam, "Weyh aku nak telan ubat tu nak kasi hilang sakit aku ni boleh tak kau cepat bagi ubat tu". Walaupun dalam keadaan sakit masih ingat adab lagi. Panggil2 dia banyak kali tanya harga ubat tu. Baru lah dia pusing balik dan tulis preskripsi ubat sambil menyatakan harga ubat.

Saya cepat-cepat bagi duit dan ambil ubat sambil menunggu baki dipulangkan. Memang nak tegur sebenarnya attitude dia tapi sebab saya rasa sakit sangat hari tu saya malas nak cakap. Lain kali kalau saya datang lagi farmasi tu memang saya nak tegur kalau saya sihat walafiat. Bekerja tu biarlah ikhlas. Hmm

5 Komen:

PakcikLie PCL berkata...

pekerja macam tu kena hantar kursus atau dikursuskan oleh majikan terlebih dahulu sebelum boleh buat kerja di barisan hadapan ; kaunter contohnya... ini lah masalahnya banyak agensi tak ambil kisah sangat !

sYiRa LoKMaN berkata...

sian awak..sabar yeee

Aku Penghibur berkata...

memang pon kadang geram merka boleh pulak berbual2

Azhafizah Md Nor berkata...

kalau kerja bahgian customer service memang kena jaga etika..kalau x baik xyah kerja..tak pepasal kena maki hamun dengan customer nanti.

Nurfaezah Abdullah berkata...

camna keadaan awk skrg? still muntah2? get well soon ye :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*