Minggu Berjalan




Hari ini Zue nak share sikit apa yang Zue buat sepanjang minggu ni. Minggu ni kan sibuk-sibuk nak sambut Tahun Baru Cina. Jadi di Dataran Penggaram Batu Pahat, Johor ada buat Pesta Belon Gergasi. Ada banyak event seperti peluang naik helikopter, pameran arnab dan kuda, jual-jualan dan aktiviti-aktiviti di pentas seperti ceramah maulidurrasul pada 14 Februari nanti.

Kami sekeluarga pun ada pergi juga jalan-jalan di dataran penggaram tu sekadar tengok-tengok dan cuci mata. Parking memang full malam tu jadi kami jalan-jalan kejap je lepas tu kami pergi Tasek Y. Ingatkan dapat lah nak menghirup udara segar, sekali cuaca sejuk sangat jadi di Tasek Y pun sekejap je.

Selasa lepas pula Zue dan adik bersama kawan-kawan Zue yang lain pergi ke Gunung Ledang. Bukannya daki gunung pun, just kat bawah tu je dekat-dekat dengan air terjun. Mujur cuaca elok jadi dapatlah main-main air sikit. Nak main lebih-lebih tak berani sebab tu first time Zue pergi sendiri tanpa family. Dah lah bawa adik kecil. Biasanya abah jaga keselamatn kami hehe.

Kira-kira hari kat kalendar, tak lama lagi dah kena balik Miri. Sedih lah juga. Huhu tapi tak apa, globalisasi mendekatkan Zue dengan family. Whatsapp kan boleh :)


5 Komen:

PrincessAyuni berkata...

selamat kembali ke Miri dzureen... :)

Farah Waheda Wahid berkata...

ingatkan zue berjalan ke eiffel tower tadi...he he he...

Invisible Me berkata...

IM pun da nak masuk belajar. Gunakan cuti yang berbaki sebaiknya :)

Azhafizah Md Nor berkata...

dah lama tak pergi gunung ledang even kalau balik johor tak jauh mana pun..btw,selamat bercuti :)

ros_reeza berkata...

eh, ingat dah sampai Eiffel tower, bila tengok gambar tu.. :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*