Minggu ini menguji kesabaran




Alhamdulillah, Khamis lepas saya selamat touch down di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri pada pukul 12.30 tengah hari. Hari itu merupakan kali kedua saya tiba di Lapangan Terbang Miri seorang diri. Kali ini saya naik teksi dari airport terus ke Senadin dengan bayaran RM40. Rasa macam dulu lebih murah, mungkin dah naik harga.

Korang tahu tak....bila sampai rumah ada satu ujian besar menimpa. Pagar rumah tak dapat dibuka! Huru hara rasanya bila semua kunci yang ada dicuba tapi tak berjaya. Akibat kalut dan takut, saya panjat pagar dan cuba buka pintu rumah pula. Fuh nasib baik pintu rumah boleh buka. Nanti saya ceritakan kenapa pagar tu tak boleh dibuka. Huhu.

Saya dah melawat kampus, nampaknya tak banyak sangat perubahan. Semuanya just fine. Cuma sekarang ni saya dalam misi mencari loker kosong untuk disewa di sekitar kampus sebab malas nak bawa buku balik rumah. Nak simpan semua buku di kampus. Baru lah tak susut berat badan ni. Tak payah bawak buku berat-berat.

Berkenaan blog, ada banyak komen yang masih belum diluluskan kerana tak berkesempatan dan kunjung balas pun belum boleh dibuat. In shaa Allah pelan-pelan saya buat. Bukan sebab busy, tapi sebab kami baru pindah rumah sewa baru dan belum pasang wifi lagi. Nak tunggu semua housemate balik baru bincang pasal wifi. Hee.

OK lah itu saja coretan saya pada hari ini. Byeee

7 Komen:

PakcikLie PCL berkata...

macam mana lah tu yer gaya Dzureen panjat pagar... ish..ish..

Sis Vee berkata...

mcm komen pcl ... sedang membayangkan dzureen panjat pagar dlm keadaan yg kalut sbb saya pernah buta kerja tu ... heeee

Wafa Cw berkata...

tuan rumah kunci ker pagar tu?

tenku butang berkata...

la syian diaa.. hihihi.. mcm pernah terkena gak pngalaman macam dzureen ni..

yunk, leh ajar camne nak buat iklan nuffnang kat atas header dengan kat tepi sidebar tu tak?

Dzureen Darwis berkata...

In Shaa Allah Tengku Butang, bila line internet saya dah okay nanti saya tuliskan entri untuk iklan nuffnang tu :)

Hafiza AizZawa berkata...

ambil masa settlekan semua perkara dulu.. pastu barula lega nak buat kerja2 lain..

msredcheesecake berkata...

sabar dgn dugaan... heee... boleh panjat tu!!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*