Pahala Membaca al-Mathurat




Baru-baru ini Zue ada bertemu dengan beberapa orang rakan baru di Tasek Y, Batu Pahat. Dalam perbualan kami ada terselit diskusi berkenaan pembacaan Mathurat. Seingat Zue, kali terakhir Zue baca Mathurat adalah semasa bersekolah menengah dulu. Itu pun kerana menjadi rutin dan kewajipan bagi semua pelajar perempuan sebelum tidur.

Bila kawan-kawan cerita tentang Mathurat barulah terdetik di hati ini nak hidupkan balik amalan itu. Hujung minggu tu Zue balik rumah, selongkar buku-buku lama cari buku koleksi Mathurat, Manzil dan apa tah Zue tak ingat untuk dibawa ke mana-mana semula. Zue fikir nak beli yang baru kalau tak jumpa, nasib baik jumpa.

Pembaca sekalian, mana yang tahu Mathurat tu, dan masih mengamalkannya, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak tahu, boleh cari di mana-mana kedai buku berdekatan. Ada yang mahal, ada yang murah. Mungkin kita boleh sama-sama jadikan amalan? Hee wallahualam.

3 Komen:

Linda berkata...

masa sekolah dulu jek amalkan..sekrg ni selalu tak sempat. Nampaknya kena cuba amalkan semula...thanks for info

sYiRa LoKMaN berkata...

betul tu..jom jdkn amalan :)

ejulz berkata...

Insyaallah jadi amalan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*