Pengambilan supplemen vitamin mengurangkan hasil senaman kita.




Hari ini saya nak share satu lagi artikel pilihan saya. Kali ini artikel dipetik dari BBC New Health pula. Tajuk artikel tersebut adalah Vitamin pills 'lower exercise gains' dilaporkan oleh James Gallagher di laman web BBC News.

Satu kajian yang dilakukan beberapa saintis Norway menyatakan bahawa pengambilan suplement vitamin C dan E khususnya akan mengurangkan pencapaian kita dalam aktiviti fizikal seperti berlari.

Berdasarkan kajian yang dibuat, tiada perbezaan kelajuan larian atlet yang mengambil vitamin dan yang tidak mengambil vitamin tetapi pembentukan otot yang diteliti menerusi sampel darah adalah berbeza. Atlet yang mengambil suplemen vitamin menghasilkan kurang mitochondria (bahagian sel yang menghasilkan tenaga) berbanding keperluannya.

Mereka percaya mereka yang banyak melakukan aktiviti-aktiviti seperti larian, khususnya atlet perlu berhati-hati dalam mengambil suplemen vitamin C dan E yang mengandungi dosage terlalu tinggi.

Walaubagaimana pun, ada saintis lain yang tidak bersetuju dengan hasil kajian yang dilakukan oleh saintis Norway itu. Mungkin kajian yang dilakukan perlu didalami dengan lebih lanjut untuk mendapat keputusan yang tepat.

p/s: Para atlet, berhati-hati lah dalam mengambil suplemen :)


3 Komen:

Sis Vee berkata...

nasib baik bkn atlet ...

wafacw berkata...

Hahaha... kalau ambil supplement atau vitamin over dosage... kita x panggil supplement dah lah... supplement ni sebagai tambahan bagi mencukupkan keperluan... nice finding :D

Hafiza AizZawa berkata...

mungkin kalau terlebih mmg akan effect tak kira apa jenis supplement tambahan sekalipun..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*