Pernahkah Kita Memandang Cinta Allah?




Saya kerap dengar orang kata, sebelum kita mencintai orang lain, waima ibu bapa kita sekali pun, hendaklah kita cintakan Allah terlebih dahulu. Katanya, cintakan Allah terlebih dahulu sebelum mencintai makhluk-Nya. Namun begitu, seberapa dalam kah penghayatan kita terhadap term "cintakan Allah"? Mungkin ada di antara kita sudah mencintai Allah dengan sangat dalam seikhlas hati. Alhamdulillah.

Hati saya cukup tersentuh dan tersangat merasai cinta Allah apabila terbacakan maksud ayat dari surah an-Naziat ayat 26-33.

  • (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
  • Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
  • Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
  • Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
  • Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
  • Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
  • (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Bila saya baca maksud surah ni, saya rasa sungguh tersentuh. Especially pada ayat yang terakhir itu, "(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu." Pernah tak korang tengok drama Melayu, bila seorang lelaki tu terlalu cintakan seorang perempuan tu, dia sanggup buat apa saja? Allah sebenarnya dah berikan banyak kesenangan di dunia ini untuk umatnya di muka bumi in. Allahu :')

p/s: Sekadar pandangan saya. Salam Jumaat :)


3 Komen:

sYiRa LoKMaN berkata...

salam jumaat :) syira singgah sini :)

Nurfaezah Abdullah berkata...

salam jumaat ^^

nice entry btw.

Gee Lion berkata...

kita lupa dari Siapa kita bermula.
kita lupa dari mana kita datang.
kita lupa siapa Dia..

kita sanggup buat apa saja utk puaskan hati insan yg kita cintai, tapi kita tak buat apa-apa utk dptkan cinta Dia.. hurmmm..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*