Tentang Saya




Dah bertahun menulis blog, baru hari ini nak perkenalkan diri? Sabar je lah kan? Kan? Tapi nak juga perkenalkan diri ni. Kot-kot ada yang tak kenal. Dzureen ni laki ke pompuan ke? Budak sekolah ke dah kahwin ke? Orang utara ke orang selatan ke?

Mana tahu boleh jejak kasih kawan-kawan lama masa sekolah tadika atau sekolah rendah ke kan? Maka ini lah serba sedikit pasal diri saya.

Latar Belakang

Nama sebenar saya ialah Khaizureen Darwis. Mak kata Khaizureen tu nama yang dia berkenan masa mengandungkan saya, masa tu dia ada jumpa satu perempuan bernama Khaizureen. Nama Khaizureen ni tak ada maksud sebenarnya tapi maksud yang paling hampir adalah dari perkataan Khaizuran yang bermaksud ketua, pemimpin.

"Dzureen" adalah nickname yang mak berikan kepada saya semasa saya sekolah Tadika. Masa tu Mak akan tulis "Dzureen" sebagai label kepada semua alat tulis saya. Maka kata huruf D tu melambangkan nama abah, Darwis. 

Saya dilahirkan pada 25 April di Batu Pahat, Johor. Saya dilahirkan sebagai anak sulung dan menjadi anak tunggal selama 6 tahun sebelum Mak saya menimang cahaya matanya yang kedua dan ketiga. Kedua-dua adik saya adalah perempuan dan kami sekeluarga memang menetap di Batu Pahat sejak lahir sampai sekarang.

Pendidikan

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Mariam, sebuah sekolah perempuan yang terletak di Bandar Batu Pahat. Lima tahun kemudian, keluarga saya berpindah rumah dan menyebabkan saya berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Convent, juga di Batu Pahat.

Selepas mengakhiri zaman sekolah rendah, saya menyambung pelajaran di Temenggung Ibrahim Girl School sebelum mendapat tempat di MRSM Batu Pahat. Selepas lima tahun, saya kemudiannya pergi ke Program Latihan Khidmat Negara bertempat di Alor Gajah. Selepas mendapat keputusan SPM, saya menyambung pelajaran ke sebuah IPT bernama Curtin University sehingga kini.

Kecenderungan

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli aktuari, namun tidak dapat menyambung pelajaran dalam bidang tersebut. Kini saya mempunyai matlamat untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya pada suatu hari nanti. Saya sangat berminat dalam perkara yang melibatkan nombor.

Saya juga mempunyai minat dalam bidang penulisan. Saya sering merebut peluang untuk menulis di mana sahaja. Beberapa karya saya pernah dibukukan namun minat saya dalam bidang ini tidak berkembang kerana saya lebih cenderung kepada nombor.

Akhirnya saya kini menjinak-jinakkan diri dalam bermain gitar klasik dengan bertujuan menyeimbangkan penggunaan otak logik dan kreatif. Saya hanya belajar sendiri di rumah tanpa memasuki mana-mana kelas namun itu tidak bermakna saya mempunyai hasrat untuk menjadi penyanyi. Haha

Tentang blog

Blog ini pula terhasil dan menjadi aktif apabila saya berada di IPT. Disebabkan banyak masa dihabiskan di depan laptop, maka banyak kesempatan untuk berblogging. Kalau mata dan otak dah tepu banyak baca bahan research, cuci-cuci mata pula sambil blogwalking. Tapi blog ini hanya diupdate secara rawak je. Sebab saya bukan full time blogger.

4 Komen:

msredcheesecake berkata...

aktuari tu ape?

dah macam karangan sekolah..hhee

sYiRa LoKMaN berkata...

terus berjuang :)

munirah rahman berkata...

teruskan usaha agar kejayaan tercapai :)

ciknadrahismail berkata...

salam kenal:)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*