Bagaimana Nak Tahu Transaksi CIMB Sudah Clear




*menjawab persoalan pembaca*

Beberapa hari yang lepas ada orang bertanyakan tentang hal ini. Begitu juga kalau saya membuat transaksi ke akaun lain apabila membeli barang secara atas talian, si penjual kerap bertanyakan kenapa tansaksi saya tak masuk on time.

Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman. Berdasarkan pengalaman saya, kalau saya transfer duit dari bank CIMB saya ke akaun bank lain, sebagai contoh Maybank, ia akan mengambil masa lebih kurang 24 jam untuk clear. Clear maksud saya ialah si penerima (akaun Maybank) akan menerima jumlah wang yang kita transfer tu.

Kalau kita transfer sebelum pukul 12 tengah hari, biasanya si penerima akan dapat duit tu pada hari yang sama sebelum jam 6 petang. Manakala kalau kita transfer selepas pukul 12 tengah hari, si penerima akan dapat duit tu paling lewat hari esoknya sebelum jam 6 petang.

Kalau transfer hari Jumaat selepas 12 tengah hari, kena tunggu hari Isnin petang lah sebab transaksi dijalankan pada hari-hari bekerja sahaja. Begitu juga kalau hari-hari public holiday, kena tunggu naik kerja baru kita boleh terima duit tu kalau transfer selepas jam 12 tengah hari.

p/s: Saya harap saya menjawab persoalan sang penyoal. Hehe

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*