Keyword: Belon Gergasi dan Choki Choki




Hari ini saja nak usha2 keyword apa yang melekat di blog saya. Macam-macam ada tapi antara yang menarik perhatian saya ialah;

1. Blog saya suka makan choki


Memang Zue ada buat advertising pada header blog dengan tajuk "Tabung Choki-choki" tapi tak ada entri berkenaan "blog saya suka makan choki" pun sebenarnya. Anyway, di kesempatan ini saya nak bagitahu yang dulu saya suka makan choki-choki juga. Hee

p/s: Masa singgah tu klik iklan choki2 saya tak?

2. Belon Gergasi Batu Pahat

Okay sebenarnya entri Zue yang bertajuk Minggu Berjalan ada mention Zue pergi Dataran Penggaram bersama keluarga sempena Pesta Belon Gergasi tapi Zue tak ada cerita secara detail apa yang ada pada Pesta Belon Gergasi dan Karnival Budaya tu. Tapi memang ada BANYAKKKK belon gergasi masa tu :)

3. Bilik asrama MRSM Merbok

Yang ini pula memang selalu hit. Zue sebenarnya tulis pasal asrama MRSM Batu Pahat tapi kadang-kadang memang akan ada pencarian asrama MRSM lain sesat juga ke sini. Tapi tak ada masalah sebab hampir semuar asrama MRSM sama je. Zue pernah pergi MRSM Merbok tapi tak masuk asrama dia lah so tak dapat nak cerita pasal asrama MRSM Merbok.

4. Sakit gigi, ibuprofen dan antibiotik

Banyak juga Zue tulis entri pasal sakit gigi ni. Dan ada satu entri tu cerita pasal pergi Klinik Gigi dan ada diberikan ibuprofen dan antibiotik. Masalah gigi Zue masa tu adalah ada lebihan gusi pada geraham yang menutup gigi yang baru nak tumbuh. Lebihan gusi ini menyebabkan sisa makanan tersorok dan menyebabkan pembiakan kuman. Tu lah sebabnya kena ambil antibiotik. Ibuprofen pula diberikan untuk menahan sakit gigi.


Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*