Minggu ini jerebu menyerang




Macam mana dengan kamu semua? Adakah semua urusan berjalan dengan lancar? Alhamdulillah minggu ni akhirnya saya berjaya bertemu dengan coordinator projek ASP kami setelah beberapa kali plan nak jumpa tapi tak dapat.

ASP tu sebenarnya After-school Project, di mana kami sertai sebagai mentor kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan. Golongan yang menjadi target mentee kami adalah seperti anak-anak yatim.

Namun begitu, pada hari Isnin yang lepas pula kami dikejutkan dengan keadaan jerebu yang sangat teruk di Curtin University. Rasanya dah 2-3 hari dengar khabar tentang kebakaran hutan akibat cuaca yang sangat panas. Tak sangka pula keadaan masih belum baik.

Kami diberikan face mask percuma manakala pada hari Selasa pula kampus ditutup. Hari Rabu kami kembali ke kampus dan keadaan dah pun kembali ok. Nasib baik, tapi tengok di TV macam di area Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula jerebu kan?

Korang semua jaga kesihatan ya :)

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*