Minggu Pengsan Namanya




Hai? Apa khabar? Terbengkalai sungguh blog ku ini sejak kebelakangan ni. Blogwalking apatah lagi. Thanks kepada semua yang sudi singgah melawat blog yang terbengkalai ini. Minggu ni memang minggu pengsan namanya. Hahaha

Apa tak nya? Sabtu lepas sampai Isnin, 3 hari 2 malam saya sertai kem sebagai faci. 3 malam saya tak tidur sebab busy dengan persiapan dan juga menjaga night shift. Bukan apa, peserta kem ni mereka ditempatkan di sebuah dewan berhawa dingin, dan mereka semua tidur di situ. Ye semua 200 peserta.

Jadi kena lah jaga mereka ni. Mana yang lapar, mana yang sakit, mana yang nak pergi tandas semuanya kena lah berteman. Buat nya ada yang mengigau sampai ke pondok pak guard ke kena lah tengok-tengokkan juga, ye tak?

Maka pada hari Selasa, sehari selepas kem saya pun pengsan dan bermalas-malasan lah di rumah. Gila tak penat? Tup tup esok paginya kena jaga booth pula di Club Fair selama dua hari sampai hari Khamis. Nasib baik jaga booth pun kira bermalas-malasa juga lah, duduk je tunggu orang datang baru buat kerja.

Alhamdulillah, penat lelah tu semua macam worth it lah bila semalam big boss belanja steamboat. Hahaha. Penat tu masih ada tapi tak terasa sangat sebab nampak dihargai. Awww so touching. Dah dah nak sambung rehat nih. Bye :)

7 Komen:

dilakhir berkata...

wah bestnye ada org belanja :)

Nao Mei berkata...

lama tak singgah blog adik tok...
cik akak baru je bw..

Qaseh Wee berkata...

selamat berehat di hujung minggu .

Invisible Me berkata...

Penat tapi dapat banyak pengalaman kan :)

Nadratul Syazwana berkata...

Awhh busy nya dia. Selamat berehat malas malas jap pasni sambung blogging balik ehh? Hihi

Hafiza AizZawa berkata...

lepas rehat baru la sedap nk buat kerja lain.. betul tak.. selamat berehat yer..

Wafi Remli berkata...

macamana fox tu bleh ada kat situ?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*