Minggu Pertama Semester Baru




Minggu ini merupakan minggu pertama bagi semester pertama 2014. Pada semester ini, saya berada pada tahun pertama semester kedua pengajian saya. Maknanya, saya ada lagi dalam 2 tahun lebih untuk menamatkan pengajian saya.

Hari Isnin lepas, saya mulakan dengan 2 kelas. Sememangnya saya cuma ada 2 kelas sahaja setiap hari manakala Jumaat pula saya tiada kelas. Nampak gayanya obviously semester ini lebih susah berbanding semester lepas.

Minggu pertama ni masih rasa macam tak well prepared lagi untuk masuk kelas. Tapi masuk je lah kan timba ilmu, dengar apa pensyarah nak kata. Harap-harap weekends ni dapat lah serba sedikit buat persediaan rapi.

Harap-harap tak jadi macam semester lepas, culture shock sikit. Heheh. Nak kena lebih serius ni untuk kejar balik pointer lepas yang tak berapa nak cantik. Nak tahu pointer saya tahun lepas? Boleh baca di sini. Tapi jangan gelak ok?

Itu sahaja coretan saya untuk hari ini. Moga berkesempatan menulis lagi di sini. Wasalam.

1 Komen:

Wafi Remli berkata...

Selamatlah awal semester. Saya silap tengok ke memang blog ni ada sedikit perubahan?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*