Persediaan Sebelum Mengambil Keputusan SPM




Nampaknya calon-calon SPM 2013 sudah mula tidak senang duduk kerana keputusan SPM dah sangat dekat jadi banyak keyword-keyword sesat di blog bertanyakan apa persiapan yang patut dialkukan sebelum mengambil keputusan SPM. Apa ye? Bangun pagi, mandi, pergi sekolah dan ambil keputusan, tu je lah, hehe.

1. Berdoa sebanyak yang mungkin
Selagi keputusan masih belum dikeluarkan, masih banyak peluang kita untuk berdoa kepada Tuhan. Doa lah apa yang kita mahu. 11A? 10A? 9A? Keputusan cemerlang? Lulus? 11A+? Apa sahaja. Jangan malu untuk berdoa.

2. Muhasabah diri
Fahami apa jua keputusan yang kita bakal dapat tu mesti ada hikmah di sebaliknya. Melainkan kalau kamu mempunyai kepercayan yang berbeza dari saya lah. FIkirkan apa kemungkinan yang menjuruskan keputusan kita menjadi sangat bagus dan sebaliknya. Ini untuk mengelakkan kejutan pada diri sendiri bila keputusan yang kita dapat tu di luar jangkaan. Ini personal opinion ok, jangan ambil bulat-bulat, kalau korang tak setuju, no problem!

3. Bersedia untuk menerima apa saja
Siap sedia diri anda untuk menerima apa sahaja pada hari kejadian. Pada saat ini kita kena sentiasa ingatkan minda kita untuk menerima keputusan SPM tu tak kira apa pun. 1A ke 2A ke 3A ke terima sahaja. Kalau perlu, boleh lakukan tindakan susulan seperti meminta kertas diperiksa semula kalau PERLU. Rasanya paper BM je yang boleh buat macam tu kot? Tak pasti sangat kena tanya cikgu nanti. Tapi seeloknya terimalah keputusan tu ok?

4. Tidur dan rehat yang cukup
Ini sangat penting untuk memastikan persediaan mental dan fizikal adalah cukup. Jangan pula pengsan 5 minit sebelum nama dipanggil untuk mengambil keputusan nanti. Jangan pula tiba-tiba jadi gila sehari sebelum ambil keputusan sebab takut sangat, kan? Relaks dan chill lah. :)

Apa-apa pun semoga mendapat keputusan yang diidamkan ye kawan-kawan semua. Share lah keputusan nanti. Hee :)

2 Komen:

Wan Maruzen Wan Husain berkata...

BW sini..

Farah Waheda Wahid berkata...

masa nak ambil result SPM dulu dulu...dolu dolu lah punya cerita...redhakan ajer... benda dah lepas kan bukan boleh tarik balik...so terima sajalah apa jua keputusan dengan tenang...menangis air mata darah sekalipun tak boleh ubah apa2 dah... hik hik hik...betul tak?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*