REVIEW MOVIE: Three Days To Kill




Hari ini nak tulis review cerita 3 Days to Kill. Lambat nya nak tulis review. Kalau pergi wayang sekarang dah tak ada dah ditayangkan cerita ni rasanya. Tapi masih boleh beli DVD kan kalau nak tengok? Hehehehe 


Terima kasih kepada KLIPS kerana memberi saya peluang untuk menonton cerita ini. Cerita ini memang best sangat. Tak sia-sia tengok wayang free dengan cerita yang super duper best ni.

Apa yang saya suka dengan cerita ini adalah sebab cerita ini mempamerkan banyak emosi. Dari cinta, kasih sayang, erti bersyukur, berdebar-debar, dilema, dan banyak lagi. Cerita ni tak hanya berat pada watak yang ingin membunuh seorang target, tapi apa yang lebih besar dalam cerita ini adalah hubungan kekeluargaan.

Saat yang paling saya tersentuh adalah apabila sebuah keluarga besar berkulit hitam yang menumpang di rumah watak utama akhirnya berpindah keluar dari rumah itu kerana berpegang pada janji mereka dengan watak utama.

Masa tu rasa sedih sangat sebab memang watak utama tu bersungguh-sungguh halau keluarga yang menumpang tu sebelum ni dan pada hari keluarga tu nak berpindah keluar dari rumah tu, ketua keluarga tu sedikit pun tak sedih atau dendam, sebaliknya tersenyum sepanjang masa. Rasa sedih sangat. Susah nak citer, tengok lah sendiri. Haha.


Tapi ada juga yang saya tak suka. Saya sangat-sangat tak suka babak-babak yang melibatkan watak utama menggunakan picagari, kalau tak silap untuk transfer dadah yang digunakan untuk overcome penyakit dia tu. Seumur hidup saya dah banyak kali pengsan sebab nampa benda-benda macam ni depan mata,

Once pengsan time nampak nurse cabutkan jarum yang guna untuk masukkan air tu kat tangan mak masa mak kena tahan wad. Lepas tu pernah juga pengsan time tengok orang kat rumah orang-orang tua bagi makan kat seorang pesakit menggunakan tiub.

Lemah sangat kan? Pernah juga pengsan time pergi latihan first aid. Haha sebab tu lah saya memang tak suka sangat babak-babak yang melibatkan benda tu dalam cerita ni. Rasanya adal 2-3 babak yang melibatkan picagari ni. Pucat sekejap muka haa.

Overall, cerita ini memang 4.5/5 bintang. Sekian. Tahu tak apa wish list saya seterusnya? --> Divergent!! Nak sangat tengok cerita ini!! Korang dah tengok ke? Meh usha trailer dulu



1 Komen:

Farah Waheda Wahid berkata...

wah macam menarik ni, dah lama dah tak layan movie...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*