Tips Menghias Asrama

Kredit kepada tuan punya gambar, rakan se dorm saya


Dah lebih sebulan ni keyword yang melekat banyak pasal MRSM dan yang paling banyak dicari adalah tips untuk menghias asrama. Sebenarnya saya masa sekolah dulu tak pernah langsung hias bilik asrama saya. Dan saya pun memang tidak pakar dalam kerja-kerja mengemas dan menghias bilik asrama.

Kredit kepada Cikgu Suhaimi (Kem PLKN Putra Putri Alor Gajah)

Entri ini untuk memenuhi kehendak keyword-keyword seperti tips hias dorm, kreativiti untuk menghias asrama, dan sebagainya. Pengalaman menghias asrama ataupun dorm adalah ketika di Kem PLKN dulu. Gambar kat atas tu tadi adalah dorm saya masa di PLKN. Sebelum bagi tips yang tak seberapa ni, jom usha dorm saya masa di PLKN dulu.

Kredit kepada tuan punya gambar, rakan se dorm saya

Kredit kepada tuan punya gambar, rakan se dorm saya

Okay tak? Macam kindergarden kan kan? Comel haha. Okay sudah puji diri sendiri pula. So ini pandangan dan pendapat saya tentang menghias asrama.

1. Hiaskan locker / almari baju
Okay setiap pagi kita akan mengadap almari baju kita. Pagi-pagi tu kan pemulaan hari bagi kita. Jadi bagi nak up kan mood kita di pagi hari, kena lah tengok pintu locker yang menarik kan? Lagi satu di pintu locker ni letak lah nama kita besar-besar. Hehe.

2. Gunakan pembalut hadiah
Gunakan pembalut hadiah bercorak mengikut kesukaan korang untuk hias dan alas bahagian dalam locker dan di atas meja belajar. Kalau nak kemas, gunakan pembalut hadiah kertas tapi dia mudah koyak so kena susun dan lekatkan dengan super kemas. Kalau nak tahan lama, boleh guna yang plastic tapi pada saya yang plastic ni licin.

3. Maksimumkan penggunaan dinding
Sekiranya asrama anda tidak menghalang pelajarnya menampal apa-apa pada dinding, maksimumkan penggunaan dinding tersebut. Selain dihias cantik, nota-nota yan susah untuk dihafal juga boleh diletakkan sekali. Kalau nak kemas, letakkan satu gabus putih. Bila nak letak nota pada gabus tu, just cucukkan dengan pin.

Tu je lah yang terlintas di fikiran saya. Hiasan paling common untuk bilik asrama. Tapi ini untuk hias secara persendirian lah. Kalau nak hias ramai-ramai untuk satu dorm atau satu bilik, banyak lagi benda yang boleh dibuat. Hmm selamat menghias :)

4 Komen:

Wan Maruzen Wan Husain berkata...

xde asrama lah nak dihias...hias bilik anak je lah...hehehe

Siti Nooryanawati Mohamed berkata...

Comelnya dorm tu...
Cadar + Selimut......pink + biru...nice colour (^^,)

sYiRa LoKMaN berkata...

tq shre

wafacw berkata...

Kat dalam dorm dulu, kami kena naikkan nama dorm dengan slogan kat dinding... dan macam biasa lah... carta organisasi, jadual bertugas, susunan katil dengan nama dan no.dobi (no daftar). Tiap-tiap hari Sabtu ada inspection...warden akan round dorm bagi markah semua... prefects akan check habis habuk kat cermin, naco dan segala-galanya... hmmm teringat time dok asrama dulu heheehe...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*