[Keyword] Hari Gawai dan Pesta Menuai




Terdapat soalan yang bertanyakan sama ada semasa hari Gawai nanti adakah satu Malaysia akan bercuti? Merujuk kembali kalendar 2014, jawapannya tidak. Hanya negeri Sarawak sahaja yang bercuti. Saya akan terangkan lebih lanjut.

Pesta Menuai juga dikenali sebagai Pesta Kaamatan dan perayaan ini disambut di Sabah. Semasa Pesta Menuai, 30 Mei dan 31 Mei setiap tahun, hanya negeri Sabah sahaja yang bercuti. Hari Gawai pula disambut di Sarawak dan semasa Hari Gawai, 1 Jun dan 2 Jun, hanya negeri Sarawak sahaja yang bercuti

Mengikut tradisi di Sabah, Pesta Kaamatan disambut seawal bulan Mei lagi. Antara aktiviti yang disambut sepanjang bulan Mei adalah pertandingan Ratu Cantik, tarian tradisi dan upacara yang dilakukan oleh Bobohizan.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi perlu disembah kerana ianya adalah sejenis makhluk halus yang sangat berkuasa. Kiranya perayaan ini berkait rapat dengan kepercayaan kaum dan agama mereka.

Hari Gawai pula bertujuan untuk menyambut berakhirnya pesta menuai. Hari Gawai disambut dengan meriah di sekitar Sarawak di mana mereka yang menyambut akan menyapa sesama mereka pada Hari Gawai. Minuman tuak dihidangkan dan ada juga berlangsungnya tarian tradisi.

Tapi tak tahu lah kan kalau ada mana mana majikan yang tetap umumkan cuti sempena perayaan ini di negeri-negeri lain. Sebarang perubahan tertakluk dari semasa ke semasa. Apa-apa pun, selamat bercuti pada yang bakal bercuti.

Sumber: Portal 1Klik

5 Komen:

miss fifi berkata...

eh ingat sluruh Malaysia yg cuti..kitorang cuti 22 hari cuti sem ni, korang sume kurang sikit la ye? :D

msredcheesecake berkata...

apasalah bgi org selangor cuti kan? hheee

Wan Maruzen Wan Husain berkata...

Thanks for sharing

azifah yazid berkata...

tag http://belongtomee.blogspot.com/2014/05/my-first-big-gift-to-you.html

Ayuni Sara berkata...

nice info... hee :D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*