Mood Swing Begitu Laju




Kurang dari sebulan, final exam akan bermula. Tapi aku masih lagi bermalas-malasan. Entah kenapa. Aku pun tak tahu. Yang paling best tu, sana sini nak mengamuk. Roommate terlepas cakap sikit kat orang luar, habis semua baldi dan pintu aku hentak kuat-kuat. House mate lupa ajak pergi kelas, aku diamkan diri macam batu.

Kawan Whatsapp minta nombor kawan yang aku tak ada nombornya, aku marah kawan tu semula. Semua serba tak kena. Kawan istimewa jangan tanya lah. Dah masak dan lali dengan emosi aku. Mujur lah ada yang memahami. Kawan baik aku, ditengking depan-depan, cool je sebab tahu aku kejap je marah nya. Thanks kawan.

Sorry kawan-kawan di sekeliling kerana menjadi mangsa mood swing aku. Nak kata perubahan hormon sebagai seorang perempuan, tak juga. Mungkin aku stress tapi aku tak perasan. Mak pesan, jangan jadikan perubahan hormon sebagai alasan kau boleh marah semua orang sesuka hati.

Pesanan mak itu masa aku darjah enam, tapi sampai sekarang aku ingat. Memang tak adil kan? Perempuan tak boleh gunakan alasan tu untuk jadi emosi. Tapi kadang-kadan tak terkawal juga. So apa nak buat sekarang? Kena lah minta maaf. Hmm. Hidup macam ni lah kejap atas kejap bawah.

2 Komen:

Nanie Dean berkata...

Hehe... kita perempuan ni memang kekadang cam tu. Cuma kalau kita dah tersedar... kita cuba kawal setakat yang mampu... Peace! Anyway... Good Luck for your coming exam!

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Jangan marah2 yer Dzureen :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*