Iklan Curtin Melekat Di Blog Saya



Selaku pelajar Curtin, mesti lah ada perasaan patriotik dan setia terhadap institusi pengajian saya ini. Curtin University, sering kali disebut sebagai "curtain" oleh mereka yang tak pernah dengar kewujudannya.

Curtin Sarawak adalah rangkaian Curtin University yang berpusat di Curtin Perth. Pernah juga yang menyangka Curtin Sarawak letaknya di rumah-rumah kedai, sedangkan Curtin Sarawak mempunyai kampus yang sangat cantik, besar, reka bentuk kampus Australia dan sentiasa membangunkan lebih banyak tanah di sekitarnya.

Curtin Sarawak menawarkan kos dalam bidang Engineering dan Business khasnya, dan ada juga bidang IT, Engineering, English course dan juga OSH. Semestinya terkenal dengan Petroleum Engineering dan Geology disebabkan oleh lokasinya.

Saya pula di Curtin Sarawak mengambil jurusan Bachelor of Commerce dengan dua major, Accounting dan Finance. Apa yang menariknya dua major? Lebih peluang kerja in shaa Allah. Apa lagi yang menarik, sijil graduasi setaraf antarabangsa sebab directly form Australia, nak graduate di Australia pun boleh!

Kalau nak transfer ke Perth sebagai contoh, boleh transfer bila bila masa sahaja. Wah cukup promote untuk hari ini. Sebenarnya nak cerita, saya menulis jurnal harian saya di Curtin University di sebuah blog. Saya letak Google Adsense advertisement di blog tersebut.

One day saya buka blog saya nampak iklan Curtin dekat blog saya! Bangga tak terkata lah kan. Selama ni IPTS lain yang letak iklan melalui Nuffnang, saya fikir, bila lah Curtin nak letak iklan kat Nuffnang ni ek? Taraaaaaa ada di Adsense rupa-rupanya.

Header buruk gila, maafkan saya. Blog ni masih belum ada idea nak header kan macam mana, tengah fikir nak minta tolong siapa buatkan header. Huhu. Nampak tak? Iklan kat atasssss tu hehehe.


Sebagai seorang duta Curtin Sarawak, saya menyokong segala bentuk advertisement yang mereka lancarkan. Chaiyokk Curtin :)

** Singgah jurnal saya? [SINI]



1 Komen:

Hafiz Hafizol berkata...

fuyo hebat nau awak nie. haha

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*