Persediaan Menghadapi Peperiksaan




Apabila musim peperiksaan tiba, bukan hanya ulangkaji yang penting. Benda lain pun perlu dititikberatkan juga. Jom tengok apa yang perlu kita siap sedia sebelum menjawab peperiksaan.

1. Bekalan rohani dan spiritual
Jangan lupa untuk memohom keampunan dari sang pencipta dan memanjatkan doa setinggi-tingginya hanya kepada tuhan. Bukannya pergi cari tangkal ye. Hehe

2. Kosong-kosong dengan ahli keluarga, guru dan kawan-kawan
Minta maaf dan minta dihalalkan makan minum dan apa sahaja yang terambil ke apa ke. Minta dihalalkan juga ilmu yang diajar. Bila dah kosong-kosong dengan semua orang barulah tenang nak jawab periksa.

3. Ulangkaji yang cukup
Minggu terakhir sebelum peperiksaan hanya untuk ulangkaji, bukan baru nak belajar semua benda sepatutnya. Mana muat nak masuk semua dalam otak last minute kan? Unless kita genius lah.

4. Cek jadual peperiksaan
Pastikan tarikh, waktu dan lokasi betul. Kalau tersalah tarikh atau tempat tak ke cuak nanti nak jawab periksa kan? Baik-baik tadi dah tenang tiba-tiba jadi kalut semula nanti. Jadi pastikan betul-betul semua butiran tu.

5. Bekalan alat tulis dan dokumen yang perlu
Kalau perlu IC ke, slip peperiksaan ke, kad pelajar ke semua tu pastikan ada. Pastikan alat tulis semua pun dah siap. Pensel dah diasah, pen ada dakwat, semua nya sempurna. Kalau tak, macam mana nak jawab periksa kan?

6. Tidur yang cukup
Sehari sebelum peperiksaan jangan lah tidur lambat, jangan lah stay up lagi. Tambahan lagi kalau ada paper pukul 8 pagi. Kalau kita study gila-gila pun tapi tak cukup tidur, tak pasti lagi dapat jawab atau tak, silap-silap otak terus shut down.

7. Jaga makan
Semasa minggu peperiksaan, jangan main bantai je semua makanan. Nanti kalau keracunan makanan atau gastrik tak dapat nak jawab peperiksaan. Sia-sia sahaja belajar pada hari peperiksaan tak dapat fokus.

8. Jaga kesihatan
Jangan main hujan, kurangkan keluar malam, elakkan berada di tempat yang banyak nyamuk, jangan lakukan sukan yang berbahaya yang boleh menyebabkan kepatahan tangan kaki dan tengkuk.

Secara keseluruhannya, kita mesti lah bersedia dari pelbagai aspek bila nak menghadapi peperiksaan. Lagi-lagi kalau kita ada darah gemuruh, kena banyak sangat bertenang dan jangan kelam kabut pada hari - hari terakhir, dan minit - minit terakhir sebelum menjawab peperiksaan.

Apa - apa pun semoga berjaya kepada yang bakal menduduki peperiksaan.

3 Komen:

N.Aima K berkata...

wah itu bilik awak ke? comel giler

wah sampai bila awak kat Miri? bila abis study. Im planning a trip to Miri tapi not this year lah hopefully i cn meet you adik manis there..

kalau datang kk beritau ja then i'll take you jalanjalan pusing KK insya allah :D

Naniey Jemiey berkata...

selamat ber"exam' ya dikk..gud luck..hehe

chegu zam berkata...

Moga sukses .. singgah membalas lawatan

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*