Persiapan Memasuki Alam Universiti




Sekarang ini keputusan UPU, Matriks semua dah keluar dan ada yang dah sambung belajar dah pun. Ada juga yang masih termangu-mangu di rumah sebab masih menunggu tarikh pendaftaran. Apa persiapan yang penting untuk memasuki alam universiti? Khas bagi dalam negara sahaja.

1. Keluarga

Harus diingati bahawa ahli keluarga banyak memberi sokongan dan doa sepanjang kita mengejar cita-cita kita. Adakan kenduri kesyukuran ataupun sekadar melawat saudara mara yang dekat mahupun jauh. Ucapkan terima kasih atas segala sokongan yang pernah mereka beri.

2. Lokasi pengajian

Buat sedikit kajian terhadap lokasi pengajian sekiranya anda akan belajar jauh dari rumah anda. Apa mall yang terdekat? Kalau keluarga anda akan menghantar anda bersama, dah cari hotel ke belum? Cuaca di sana macam mana? Kos sara hidup tinggi atau rendah?

3. Wang

Sediakan wang yang secukupnya. Terutamanya pada awal semester ini banyak memerlukan penggunaan duit. Nak bayar itu ini. Walaupun under tajaan atau pinjaman, awal-awal tu kena dahulukan wang terlebih dahulu. 

4. Dokumen

Pastikan semua dokumen telah pun diselesaikan urusannya. Jangan lagi tiga hari nak pergi baru perasan ada yang tak siap lagi. Sebab apa? Sebab ada yang memerlukan urusan rasmi. Contohnya mungkin sijil memerlukan pengesahan. Kalau last minute baru perasan ada sijil yang tak disahkan lagi macam mana? Ada juga yang nak kena cop setem hasil ke, nak buat medical check up ke, tu semua kena siapkan awal-awal tu.

5. Barang-barang

Yang ni confirm paling kalut ni. Kalau perempuan habis sepuluh bag dia nak bawak ke hostel. Yang lelaki pula selambe tak bawak semua benda. Dalam otak fikir, takpe lah nanti kawan2 bawa juga, pinjam je lah. Ni semua kena prepare sendirian berhad ya awal-awal sem ni. Kita tak tahu macam mana keadaan di tempat baru.

Jom cek senarai barang yang perlu dibawa
- Tidur: Bantal, sarung bantal, sarung tilam, comforter, dll
- Komputer: Laptop, charger laptop, pendrive, mouse, printer, dll
- Meja: Alat tulis, kalendar, lampu belajar, dll
- Bilik tidur: Jam penggera, handphone, charger handphone, 
- Makanan: Snek seperti biskut, maggi, minuman 3 in 1, dll
- Barang dapur: Jika hostel anda membenarkan pelajar memasak, rice cooker, kuali, pinggan, cawan, sudu garfu, pencuci pinggan mangkuk, dll
- Kelas: Testpad, notebook, kalkulator, beg sandang
- Tandas: Barang mandi, berus gigi, ubat gigi, dll
- Ubat-ubatan: Jika anda memerlukan, panadol, painkiller, supplemen, dll
- Barang keperluan wanita: Make up, sikat, cermin, bedak, tuala wanita, dll
- Pakaian: Pastikan anda bawa bersama pakaian yang sesuai untuk ke kelas.
- Barang laundry: Pencuci baju, berus, softener, nila, dll
- Dokumen penting; IC, lesen, dokumen pendaftaran, medical checkup, dll
- Dan barang-barang lain yang dianggap perlu

Selamat memasuki institusi pengajian tinggi kepada semua lepasan SPN dan sesiapa sahaj yang berkenaan. Janagn kalut-kalaut ye, merancang lah dengan berhemah.

1 Komen:

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, bagus perkongsian ni. Moga mereka ni bersedia.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*