Persiapan Menuju Ramadan




Jom kita cek diri kita, dah sedia belum untuk menghadapi bulan Ramadhan kali ini? Berikut adalah persiapan yang boleh kita buat untuk ibadah puasa.

1. Ikhlas. Set kan dalam hati kita yang kita ini ikhlas menjalankan ibadat puasa kerana Allah taala. Jangan rasa terpaksa dan jangan pula membangga diri kerana berjaya menunaikan ibadat puasa.

2. Kekal produktif. Bulan puasa tidak boleh menjadi alasan untuk kita berlengah-lengah dan bermalas-malasa di tempat kerja mahupun di tempat belajar. Pada yang bercuti pada bulan puasa macam saya, alhamdulillah. FIkirkan apa kebajikan yang boleh dibuat di rumah sepanjang cuti

3. Sahur. Jangan tinggalkan sahur kerana dengan bersahur kita akan mendapat tenaga untuk menjalani hari seperti biasa. Kalau kita tak sahur, dan nampak lesu akan memberikan imej yang kurang baik kepada agama Islam.

4. Kerja. Waktu paling optimum untuk melakukan tugas yang memerlukan paling banyak tenaga semestinya selepas solat Subuh jadi sebolehnya luangkanlah masa selepas Subuh dengan bermanfaat.

5. Tidur. Dapatkan rehat yang cukup. Amalkan tidur selepas Zohor pun okay juga. Cuba google perkataan power nap. Sebenarnya banyak faedah tidur 20 minit pada tengah hari ini. Pada bulan Ramadan semestinya tidur sekejap pada tengah hari dapat mengembalikan tenaga kita.

6. Solat. Utamakan solat. Apabila merancang kegiatan harian, jadikan aktiviti bersolat sebagai aktiviti yang paling penting manakala aktiviti yang lain pula disusun setelah kita meletakkan waktu waktu tertentu khas untuk menunaikan solat lima waktu.

7. Baca Quran. Luangkan masa sekurang-kurang satu jam sehari untuk membaca al-Quran kerana pada bulan yang mulia ini ada lebih banyak ganjarang berbanding bulan-bulan lain apabila kita melakukan kebaikan.

8. Penerangan. Berikan penerangan yang indah dan mudah difahami kepada golongan bukan Islam apabila mereka bertayakan tentang ibadah puasa agar agama Islam terjaga imejnya.

9.Berbuka. Mulakan berbuka dengan manisan seperti kurma. Selepas solat Maghrib, barulah kita makan makanan yang berat seperti nasi berlauk supaya taklah kembung perut bila nak tunaikan ibadah wajib nanti.

10. Kebajikan. Jangan lupakan tanggungjawab kita kepada komuniti dan alam sekitar. Selalulah bersedekah dan membuat amal kebajikan sepanjang bulan yang mulia ini.

Apa perasaan anda semua menanti bulan yang sangat mulia ini?

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*