Arjuna Betta Saya





Haritu kat Miri ada beli ikan pelaga. Masa nak beli tu, orang kedai tu promote ikan pelaga dalam satu bekas. Tapi mata aku tertarik kat ikan-ikan yang diletakkan dalam plastik kecil bersaiz 7cm x 5cm dan hanya dilekatkan di dinding menggunakan stapler. Aku fikir macam mana gaya lah ikan ikan ni berenang dalam bekas sekecil itu?

So aku beli yang dalam plastik kecik-kecik tu. Nampak buruk je sebenarnya time tu. Tapi lepas bela 2-3 minggu baru keluar warna biru merah di badannya. Mungkin tak cukup makan dan tak gembira. Sebab tu sebelum ni warnanya pudar. Cuti sebulan ni, aku balik Johor. Mintak tolong orang jaga kan ikan aku.



Kadang-kadang tu rasa rindu pula kat ikan pelaga aku ni. Ikan kampung je, harga pun RM3 je. Tapi dah rindu-rindu pula selepas seminggu meninggalkannya di bawah jagaan orang lain. Ntah makan ke tidak dia kat sana ek?

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*