Fasa Pertama Ramadhan 2014




Bulan Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian, fasa rahmat, fasa keampunan dan fasa terlepas dari azab api neraka. Fasa rahmat telah pun meninggalkan kita. Kini berbaki lagi 2 fasa. Pada fasa keampunan ini, takkan nak sia-siakan peluang untuk memohon keampunan kan?

Fasa pertama Ramadhan yang berlalu macam-macam berlaku. Masih saya ingat hari pertama puasa di Miri. Cuaca yang sangat panas menyebabkan saya hanya berkurung sahaja di rumah menanti waktu berbuka. Namun kawan di US pula bercerita mereka akan berpuasa selama 20 jam lamanya. Bersyukur saya di bumi Miri.



Hari ketiga saya berpuasa pula membawa saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di atas bumi Johor yang telah ditinggalkan 4 bulan yang lalu. Walaupun penerbangan jam 1 tengah hari, nasi lemak pak nasir Air Asia tetap dibeli dan dibawa pulang untuk berbuka.

Bila tiba di rumah, bulan puasa mula berjalan dengan laju sekali sehingga hari ini bila saya skrol timeline Facebook saya baru sedar yang 10 hari pertama Ramadhan dah pun berlalu. Raya dah dekat! Saya macam biasa, dah habis 10 hari pertama baru sibuk nak cari balik apa 3 fasa Ramadhan yang telahpun saya lupakan.

1 Komen:

Farah Waheda Wahid berkata...

great piece of thought that has been put into words and made me thinking as well...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*