Kenali Punca Migrain Anda

 Natural Solutions to Get Rid of Migraine
Kredit: Weheartit


Kebanyakan migrain berpunca dari tekanan di tempat kerja, kurang atau terlebih tidur atau pengambilan makanan tidak teratur. Ni tiga yang paling common bagi mereka yang bergelar pelajar atau pun golongan dewasa yang memasuki alam pekerjaan, alam ibu bapa dan sebagainya.

Bebanan kerja akan menyebabkan kita stress dan juga kurang tidur di samping terlupa untuk mengambil makan tengah hari dan mungkin juga ada yang skip sarapan sebab terlewat nak ke tempat kerja ataupun ke sekolah. Ni antara punca migrain yang sangat tipikal.

Kemudian perubahan cuaca yang kejap panas kejap sejuk ni pun menjadi punca utama sekarang ni. Tu belum kira bila jerebu menyerang lagi. Benda-benda ni semua pun boleh menyebabkan migrain juga.

Punca migrain lain yang saya tidak isukan secara terperinci adalah perubahan hormon, pengambilan dadah dan alkohol, aktiviti fizikal dan aktiviti seksual. Saya tidak berpengalaman dengan punca-punca yang lain ni terutamanya pengambilan dadah, alkohol dan aktiviti seksual, memang tiada pengalaman.



Isu terbesar yang susah untuk kita kaji adalah makanan. Ada sesetengah makanan yang menyebabkan migrain pada sesetengah orang tapi tidak pula pada sesetengah orang yang lain. Jadi untuk yang ini kita kena cek sendiri satu persatu.

Kalau anda kerap diserang migraine, cuba catatkan setiap makanan yang anda ambil dan cek yang mana yang selalunya kita makan sebelum kena serangan migraine. Selepas minum kopi ke? Selepas makan coklat ke? Atau selepas minum coke?

Satu kajian telah dilakukan terhadap 500 penghidap migrain pada 1979. Lebih kurang 75 peratus penghidap migrain ini sensitif pada pengambilan coklat manakala hampir separuh daripada penghidap yang diuji sensitif pada pengambilan keju.Coklat dan keju sedap kan?

Jadi cek lah betul-betul sama ada makanan yang kita suka sangat makan ni ke yang menyebabkan migrain? Kalau ya, kurang-kurangkan lah. Tapi kalau korang masih sanggup bertahan, teruskanlah. Saya tak sanggup! Maka saya cuba mengurangkan pengambilan MSG. Sebab MSG penyebab utama migrain saya.

p/s: Berkorban sikit demi kesihatan

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*