Resepi Puding Oreo



Sebenarnya resepi ni saya google je dekat search engine Google.com lepas tu saya jumpa di Yati Memories. Namanya puding milo berlapiskan oreo sebenarnya. Jadi bila orang tanya saya resepi puding ni, saya pun copy paste je lah dari blog Yati Memories. Jadi kepada yang bertanya, inilah resepi yang saya pakai untuk buat puding oreo saya haritu. Hehe. Moga memberi manfaat kepada semua.

Bahan : ( Saiz: 8" persegi )

1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar BR
750ml Air BR
160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula BR
1 tin @ 400g Susu Cair BR
3/4 cup Serbuk Milo BR
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :

1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
3.Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:

1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
2. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*