Shakira Pertama Mencapai 100 juta "likes" di Facebook

sumber: Facebook


Shakira merupakan orang pertama yang mencapai 100 juta "likes" di Facebook, satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh pengguna Facebook lain sebelum ini. Pencapaian ini mungkin sedikit sebanyak disumbang oleh lagu terbarunya, La La La sempena Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

 

Beberapa info grafik telah dikeluarkan dan antara info yang menarik tentang pengguna Facebook yang "like" Shakira adalah, 3/10 daripada pengguna Facebook perempuan yang "like" Shakira bernama Maria manakala 1/10 daripada pengguna Facebook lelaki yang "like" Shakira bernama Jose!


Shakira juga memberikan ucapan khasnya buat semua peminat sempena pencapaiannya ini dengan menuliskan ucapan tersebut di atas sehelai kertas putih. Katanya semua ini tidak mungkin dicapai tanpa peminat. Personaliti Shakira yang sangat ceria terserlah melalui ucapannya ini.


p/s: Peminat Shakira jugak!! :)


3 Komen:

Mime MF berkata...

wah 100 juta likes...memang terbaik shakira~

Yun Sing berkata...

Banyaknya :0

Faizal Mohamad Twon Tawi berkata...

terbaik

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*