Soal Jawab Berkenaan Elaun MARA **Update 6 Julai 2014**




Ini adalah soalan common yang saya dapat melalui pencarian keyword yang sesat ke blog ini. Ramai yang nak tahu berapa elaun MARA bagi, yang mana saya assume korang cuma nak tahun elaun kos sara hidup je kan? Kalau nak tahu lebih lanjut pasal elaun buku, komputer, perkakas, alat tulis, kertas kerja dan yuran pengajian, kena directly contact saya atau pihak MARA sendiri lah k? So ini jawapan saya berdasarkan pengalaman saya.

1. Berapa elaun MARA yang saya dapat?

Semasa Foundation, saya dapat RM430 sebulan. Ini tidak termasuk penginapan. Manakala semasa Degree, saya dapat RM700 sebulan termasuk penginapan sendiri fikir nak duduk rumah sewa atau hostel yang disediakan pihak universiti. Namun pada 20 bulan pertama degree, saya hanya dapat RM600 sebulan sebab MARA tolak RM100 setiap bulan untuk melangsaikan hutang duit pendahuluan yang saya mohon masa Foundation dulu.

2. Bila elaun pertama saya sampai?

Pada Julai 2012 saya mendaftar foundation. Hanya pada bulan 11, sehari sebelum saya pulang ke kampung untuk cuti semester baru lah saya dapat elaun untuk bulan Julai-Disember sekaligus. Maknanya sepanjang semester pertama foundation tu saya hidup pakai duit sendiri.

Pada Julai 2013 saya mendaftar untuk ijazah dan elaun pertama saya terima pada hujung bulan 11/ awal bulan 12 iaitu selepas beberapa minggu saya balik kampung untuk cuti semester. Bermakna sem pertama degree pun saya makan minum duit sendiri juga. 

Pengajarannya kalau korang pemegang biasiswa MARA yang baru ni, dinasihati untuk spare duit sendiri dulu untuk first semester foundation dan first semester ijazah. Untuk semester-semester lain, biasanya dia bagi bulan-bulan pada minggu pertama setiap bulan.

Apa-apa pun, bila dah dapat elaun tu, pandai-pandai lah berjimat k.

**Updated pada 25/03, menjawab soalan-soalan di ruangan komen**
3. nak tnye cmne na apply loan mra untk dgree..n saia dpt offer dgree intke sept pd bln apr..tapi tlak sbb slh pilih kos..bleyh lg kew apply yg baru lagi kew untk intke sept??
Kalau kita nak apply loan MARA menggunakan keputusan SPM, biasanya kena cek kat laman web rasmi MARA lah sebab dari masa ke masa merka akan announce tarikh permohonan dibuka dan ditutup, kos-kos yang ditawarkan, borang dan cara mendaftar, dan sebagainya. 

Kalau salah pilih kos sebenarnya boleh je nak tukar kos asalkan di IPT yang sama,ikut budi bicara MARA juga lah tapi. Ada je kes-kes kawan-kawan saya yang mereka terima tawaran, kemudian selepas setahun foundation, mereka mohon untuk tukar kos macam dari Engineering tukar ke Geologi dan ada juga yang minta tukar major contoh dari major Chemical Engineering tukar kepada Mechanical Engineering.

Nak apply lagi tu boleh je sebenarnya. Rasanya ada kawan saya yang mohon, dah dapat then tolak mohon balik dapat lagi. Kalau kes saya, mohon kali pertama tak dapat tawaran, then mohon balik baru dapat tawaran. Jadi sudah tentu saya tak mensia-siakan tawaran yang diberi :)

4. Boleh explain briefly pasal elaun komputer?
Rakan-rakan saya yang mendapat tawaran menggunakan keputusan percubaan mendapat elaun komputer sebanyak RM3000 manakala saya dan rakan-rakan lain yang mendapat tawaran berdasarkan keputusan SPM dapat RM2000 untuk elaun komputer. Kes ini khususnya kepada pelajar SPM 2011 di Curtin University sahaja ye, mungkin IPT lain, jumlahnya lain.

Elaun komputer ni, dia akan bagi direct kat kita masa kita berada di tahun pertama degree nanti. Macam kes saya MARA direct bank in, ada juga yang dapat by check CIMB. Then kita kena wisely lah guna duit tu. Macam saya, dapat RM2000 tapi guna RM1700 untuk komputer, selebihnya tampung kos sara hidup je. Hehe.


**Updated pada 24/05, menjawab soalan-soalan di ruangan komen**

5. Boleh explain pasal elaun buku?

Okay lah kali ini saya tunjuk salah satu lampiran surat tawaran saya. Untuk elaun buku saya, dapat cash. Maksud cash tu bukan lah MARA bagi duit kat tangan saya tapi maksudnya tak perlu lah kita nak tunjuk resit bukti pembelian buku. Selalunya dia bagi sekali dengan elaun. 

Contoh kalau elaun bulan ni RM700, dia bagi lah RM1300 sekali dengan buku, sama ada melalui cek atau direct bank in. Untuk kes saya, saya dapat RM600 setahun untuk buku bergantung pada kos masing-masing. Dan bergantung juga lah zaman bila korang dapat tawaran tu lain zaman, lain nilanya rasa saya. 

**Updated pada 06/07, menjawab soalan-soalan di ruangan komen**

6. elaun mara saya dari bulan 9 tahun lepas sampai ke hari ni tak masuk2.. kenapa ye? sepatutnya 700 sebulan saya perlu dapat

Lain IPT, lain pegawai MARA yang bertugas. Berdasarkan pengalaman saya, ada banyak faktor elaun tak masuk. Antaranya, dokumen perjanjian tak lengkap, status tergantung kerana ada repeat paper, belum menerima offer letter IPT bagi mengesahkan kita belajar di IPT tersebut, asasnya disebabkan urusan pejabat tak selesai lah ni.

Secara telusnya saya sebenanarya boleh katakan yang cepat atau lambat elaun MARA masuk ni bergantung pada pegawai MARA mana yang handle kita. Yelah, secara logik, kenapa pegawai MARA ni taknak hubungi kita untuk maklumkan kalau ada urusan kita tak selesai sehingga menyebabkan elaun kita tak keluar? Kenapa tak maklumkan supaya kita pun boleh bantu dia selesaikan urusan yang tak lengkap tu? Kalau dapat pegawai yang OK, OK lah jadinya.

Sebagai pemegang biasiswa atau pinjaman MARA, kalau terkena kes yang dapat elaun lambat, kena lah jadi aggresif. Kerapkan hubungi pihak bertanggungjawab, banyak kali emel mereka, dan kalau tak jalan juga, hubungi semua medium yang boleh. Pihak atasan ke, pengarah ke, isi form kat eAduan ke, emel kat semua emel MARA yang boleh kita emelkan dan hubungi semua no pegawai MARA yang boleh kita hubungi. Dan juga datang lah ke Ibu Pejabat MARA sebab kalau kita lebih bersikap diam memang lambat lah kita dapat.

Kes saya dulu, kalau saya tak agresif, saya dah kena buang pengajian dah. Ini bukan cerita bohong. Ini bukan cerita tipu. Ini memang kisah benar yang amat saya kesalkan. Jadi pada pemegang biasiswa atau pinjaman MARA yang lain kalau banyak kes elaun tak masuk JANGAN BERDIAM DIRI. Lakukan apa sahaja yang kita mampu.

7. kenapa elaun untuk bulan julai ni saya dapat lebih kurang RM1100 sedangkan elaun yang saya dapat biasanya RM630.. btw saya dah sem 3 intake julai 2013

Cuba rujuk kembali offer letter yang anda terima pada Julai 2013. Ada elaun-elaun kecil yang kadang kala kita tak perasan. Contohnya elaun perkakas yang saya terima RM100 setahun. Tak perasan sebab dapat setahun sekali sahaja.

Macam kes kat atas tu ada lebihan sebanyak 470, mungkin elaun untuk assignment ke, perkakas ke, buku ke, kertas kerja ke, dan banyak lagi depends pada kos yang kita ambil. MUNGKIN elaun kecil yang kita terima dia gabungkan sekali dengan elaun bulanan sebab tu amaun yang kita dapat nampak banyak.

Satu lagi kebarangkalian adalah tersalah bank in atau  tersalah amaun cek yang diberikan kepada kita. Ini kisah benar yang pernah berlaku kat saya bila mereka termasukkan amaun dua kali ganda dari amaun yang sepatutnya jadi apa yang mereka buat ialah mereka deduct elaun bulanan sampai lah amaun yang terlebih tu dah cover.

So tindakan kita sebagai penerima biasiswa / pinjaman MARA bila kes macam soalan di atas ni berlaku, call / emel lah pegawai MARA yang berkenaan untuk mendapatkan pengesahan selepas cek offer letter.

Any enquiry, do comment below or email to dzureenblogger@gmail.com

Sambungan entri

8. geng.nk tnya..if dh dpt elaun komputer,adakah still dapat lagi elaun buku?sbgai cth,saya dh dpt elaun buku dan elaun komp pd thn lepas,so pd thn hdpn adakah saya tetap dpt elaun buku?atau pom ditolak sbb dh dpt elaun komp?sori bnyk tnya yer.

9. mara saya dah approved tp duit tak dapat lagi.. mcm mana ek? ke kena tggu sampai hujung bulan? thanks :)


14 Komen:

Wan Maruzen Wan Husain berkata...

BW sini..

Tanpa Nama berkata...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ [nα̲̅k] tnye cmne na apply loan mra untk dgree..n saia dpt offer dgree intke sept pd bln apr..tapi tlak sbb slh pilih kos..bleyh lg kew apply yg baru lagi kew untk intke sept??

deen hana berkata...

Boleh explain briefly pasal elaun komputer?

deen hana berkata...

Boleh explain briefly pasal elaun laptop?

deen hana berkata...

Boleh explain briefly pasal elaun komputer?

Tanpa Nama berkata...

Mmg mara bagi elaun pertama lambat macam tu sekali eh? OMG

Adam berkata...

Boleh explain pasal elaun buku?

Nadratul Syazwana berkata...

Nice info kak. Sy pening sikit pasal elaun elaun ni T.T

Hezy Rowling berkata...

elaun mara saya dari bulan 9 tahun lepas sampai ke hari ni tak masuk2.. kenapa ye? sepatutnya 700 sebulan saya perlu dapat.

Tanpa Nama berkata...

kenapa elaun untuk bulan julai ni saya dapat lebih kurang RM1100 sedangkan elaun yang saya dapat biasanya RM630.. btw saya dah sem 3 intake julai 2013

Tanpa Nama berkata...

geng.nk tnya..if dh dpt elaun komputer,adakah still dapat lagi elaun buku?sbgai cth,saya dh dpt elaun buku dan elaun komp pd thn lepas,so pd thn hdpn adakah saya tetap dpt elaun buku?atau pom ditolak sbb dh dpt elaun komp?sori bnyk tnya yer.

Tanpa Nama berkata...

mara saya dah approved tp duit tak dapat lagi.. mcm mana ek? ke kena tggu sampai hujung bulan? thanks :)

Tanpa Nama berkata...

salam, sy pelajar dr UTM johor, jujurnya sy berminat utk kenal awak dgn lebih dekat. ikhlas. terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak berikan saya no telefon mara yang boleh dihubungi berkaitan dengan pinjaman..saya call banyak kali tapi tiada satu pun yang angkat fon..sigh~

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*