Ebola dan kelawar versi saya

Bagaimana Wabak Virus Ebola (EVD) Merebak?


Cerita pasal ebola dah sana-sini cerita. Tapi saya di sini hari ini bukan nak cerita pasal ebola. Tapi nak cerita pasal kelawar. Haha. Macam mana boleh come across nak cerita pasal kelawar? Sebab ebola ni disebarkan oleh kelawar buah.

Ceritanya berlaku pada 2010. Satu malam tu lepas prep malam, saya terus menuju ke bilik. My room mate masa tu dia ponteng, tak keluar dari asrama dan tak ke surau, probably dia solat kat bilik lah tu dan tak pergi prep.

Time balik bilik tu ada lagi sepuluh minit sebelum light off. Masa dah nak baring tidur tu my room mate yang ponteng tadi takut-takut bagitau kitorg yang tadi ada benda warna hitam terbang-terbang dalam bilik. Muka dia pucat gila lah.

Only the next day baru saya perasan and time saya perasan kewujudan kelawar yang dikatakan makhluk warna hitam terbang-terbang tu pagi tu saya jumpa bawah selimut saya. *muka terkejut* dengan kelawar aku tidur semalam! Fuh gila terkejut sebab malam tadi sikit pun tak perasan.

Selepas kejadian tu, saya demam teruk gila. Siap dengan gatal-gatal satu badan tahap merenyam gila-gila. Seminggu tak baik. Last-last tu pengsan dalam bilik air terus. Pergi klinik kali kedua tu baru beransur pulih.

Macam tu lah ceritanya. :)



8 Komen:

Farah Waheda Wahid berkata...

trending topik ebola ni sekarang... bahaya kann??? moga2 kita semua dilindungilah hendaknya...

Sylarius Yusof berkata...

Tak silap saya, kelawar ni pun pembawa kuman macam tikus juga kan? Lagipun, kelawar ni rupa dia lebih kurang tikus, cuma beza ada sayap je.

Mime MF berkata...

tidur gn kelawar..wuuu geli..kena deman teruk plak tu...

Yun Sing berkata...

Bahayanya .__. Amboi kelawar ni xD Sampai masuk bilik terus..

Ibnu Ramli berkata...

Nasib baik tak jadi batman terus lepas tidur dgn kelawar xD
Baru first time tahu tentang Ebola.. jzkk for sharing

Gee Lion berkata...

kelawar tu dah mati ke bawah selimut awak? erk?!

CXopportunities berkata...

Ya Allah. tidur dgn kelawar? ini tidak kelakar sebab kelawar mmg pembawa penyakit. simpang malaikat 44.

nik ros berkata...

jaga kesihatan yea

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*