Jatuh




Saya sekarang ni kat Miri, sambung tahun kedua dalam usaha menggenggam segulung ijazah. Hehe. Minggu pertama telah pun berakhir. Nampak gayanya semua pensyarah cakap subjek semua susah. Fuh.

Sem ni banyak assignment yang kena buat individually. Tengok-tengok tarikh nak kena submit tugasan semua dekat-dekat je. Kalau contoh minggu ni saya hantar assignment A, minggu depan kena hantar assignment B pula, lepas tu minggu depannya lagi ada test C dan seterusnya.

Semester lepas dah fail satu subjek. Sedih juga bila terjatuh ni. Tapi mak menyokong so saya rasa okay sikit. Harap-harap tak ada fail lagi lah lepas ni. Bila balik ke Miri ni, baru tahu rupanya ramai sangat yang fail.


Boleh dikatakan kalau dalam kalangan kami budak scholar ni, lebih separuh mesti ada fail sekurang-kurangnya satu subjek. Yang fail banyak subjek tu lagi lah kesian. Ada juga yang tukar course.

Dekat Curtin ni kalau dah fail 3 kali subjek yang sama kena buang pengajian. Ada kawan yang dah fail 2 kali. Fuh, seram betul. Tapi takpe lah dia dari keluarga yang sangat berada, tak kisah dan tak bimbang pun.

Sem ni saya betul2 faham erti jatuh. Dan erti bangun semula selepas kejatuhan. :')

1 Komen:

Mime MF berkata...

pernah alami situasi mcm awak..tapi yg pengalaman jatuh tu la yg ajar sy bangun balik..alhamdulillah CGPA last sem sgt memuaskan hati sy..takpa! Chaiyok2!!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*