Penggunaan Kanta Lekap Agak Berbahaya



Baru-baru ini saya dan house mate semua pulang ke kampung masing-masing untuk berhari raya. Bila semua dah balik ke Miri semula, macam-macam lah cerita yang keluar. Yang masak ketupat lah, yang buat dodol dan macam-macam lagi.

Kawan saya sorang ni baru berjinak-jinak pakai contact lens. Tapi tiba-tiba dia pakai cermin mata semula. Dia pun cerita lah haritu beberapa hari sebelum raya, dia pergi melawat kubur saudara mara, disebabkan cuaca panas, dia ada menggosok / menenyeh mata dengan tangan dia.

Tak lama lepas tu ada satu malam masa tidur dia terjaga, tapi dia rasa mata dia sakit sangat. Cepat-cepat dia kejut ibu bapa dia minta bawa ke hospital. Bila dicek, rupanya kornea mata dia telah pun terluka akibat penggunaan contact lens. Mungkin katanya sebab dia gosok mata atau sebab cuaca yang sangat panas, dia pun tak pasti.

Dia dah serik pakai kanta lekap dan kini bertukar ke cermin mata semula. Saya masih lagi menggunakan kanta lekap. Kini menjadi lebih berhati-hati dan berharap dijauhkan dari sebarang penyakit. Amiin.

3 Komen:

Farah Waheda Wahid berkata...

nak pakai lens kena betul caranya, kalau tak memang berbahaya...

Naniey Jemiey berkata...

nak pakai tu boleh tapi kena lebih hati2... akak pon pakai lense jugak tapi on off..hehe

nik ros berkata...

kawan opis akak pun mcm tu jugak.sian dia. terpaksa mc 2 minggu sebab mata jadi tak nampak kesan contact lens

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*