Saya Memilih Untuk Boikot



Saya sedar dan peka dengan apa yang berlaku di Gaza. Saya bukanlah jenis yang terlalu ekstrim. Bukan lah yang jenis meludah pekerja Starbuck atau menghina pekerja Mcd dan bukan juga jenis yang bersikap kurang ajar kepada pekerja-pekerja ini. Namun saya teringin untuk membuat sedikit usaha bagi membantu saudara mara yang teraniaya.

Saya mohon kepada pemboikot di luar sana. Kalau boleh jangan lah menghina saudara-saudara se-Islam yang tidak memboikot seperti anda. Memboikot ini apa yang saya faham adalah hak pengguna masing-masing. Jika anda menghina saudara-saudara se-Islam yang lain dapat dosa tak agak-agak kalau saudara kita tu terasa hati? Menegur pun ada caranya. Nabi Muhammad dulu selalu berlembut dalam dakwahnya.

Kalau, jangan katakan kepada saya "kau tau tak kau ni pembunuh kerana setiap kali kau beli air coke tu, kau menyumbang sebutir peluru kepada zionis!" "kau ni Islam ke tak? Orang sibuk berperang kat Gaza ko sedap2 makan McD" "Haram kau beli Starbuck doh!" Suatu masa dulu masa saya belum memboikot banyak dengar macam ni. Kecik hati saya.

Jika anda jenis yang kuat. Malam ni awak cakap nak boikot, esok awak tak beli McD, Starbuck, Coke, HP, Nestle, Levis, tutup FB dan HSBC terus. Tapi awak kena faham tak semua orang kuat macam awak.

Ada orang kena pelan-pelan. Minggu ni dia berhenti beli Coke, bulan depan baru dia berhenti Starbuck, dan sebagainya. Awak tak boleh expect semua orang sekuat awak. Awak tak boleh expect semua orang semampu awak. Awak jangan paksa, ajak lah dengan cara yang baik dan doa lah dalam hati supaya semua orang diberikan kekuatan. Ok?

p/s: Saya pun tak paksa, saya cakap je. No hard feeling ok. Ini pendapat saya. Luahan hati saya.

3 Komen:

Mime MF berkata...

agree dgn awak...bila tgk skrg ramai yg tunjuk boikot habis-habisan..siapa tak boikot kena maki..salah cara tu...beri masa..mcm sy pun sikit2 sy cuba boikot...

Yun Sing berkata...

Betul.. memang susah sikit sebab dah menjadi kebiasaan..

nik ros berkata...

btol tu.boikot mana yg mampu.tak blh boikot semua terus.at least boikot skit2.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*