Soal Jawab Berkenaan Elaun MARA Part 2



Saya nak mulakan entri saya ni dengan cerita terbaru saya berkenaan MARA ni. Saya mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA untuk menyambung pelajaran di Curtin University. Sebelum bermulanya kelas tahun pertama, tiga kali saya emelkan invois yang diberi oleh pihak universiti kepada MARA yang berjumlah RM8+++.

Namun selepas urusan surat-surat, borang-borang semua diselesaikan antara saya dengan pihak MARA, saya terima RM7+++ untuk yuran yang mana short RM1+++. Satu ribu banyak tu mana nak cekau. Bukan satu ribu sepanjang pengajian, tapi setiap semester kena tambah endiri satu ribu tu. Total-total mencecah RM7k juga sepanjang pengajian.

Bila tanya kawan-kawan semua dapat okay je ngam-ngam seperti mana yang tertulis dalam invois. Kecuali pelajar-pelajar yang gagal menamatkan foundation dalam masa setahun sebab ada fail mana-mana subjek. 

Jadi saya hubungi MARA bertanyakan hal ini. Saya emelkan kepada infobkk masa tu. Tak lama kemudian infobkk forwardkan emel saya kepada beberapa pegawai. Kemudian tak lama kemudian ada pegawai yang hubungi saya memaklumkan saya dapat kurang seribu lebih tu sebab saya dah downgrade sebab fail masa foundation.

Sebenarnya saya tak pernah fail pun masa foundation dulu. Tapi pegawai ni tak percaya. Dia mintak result foundation saya. Nasib baik result cantik. Saya emelkan result saya kepada pegawai tersebut. Sekarang ni dah 2-3 minggu emel saya tak ada reply dan cubaan menghubungi pegawai tersebut tak pernah diangkat.

Nampak gayanya lagi setahun dua lah baru setel masalah saya ni. Hari ni nak jawab soalan pembaca. Untuk soalan-soalan sebelum ini boleh baca dalam entri sebelum ni (Part 1) atau pada link soalan di bawah.

1. Berapa elaun MARA yang saya dapat?
2. Bila elaun pertama saya sampai?
3. nak tnye cmne na apply loan mra untk dgree..n saia dpt offer dgree intke sept pd bln apr..tapi tlak sbb slh pilih kos..bleyh lg kew apply yg baru lagi kew untk intke sept??
4. Boleh explain briefly pasal elaun komputer?
5. Boleh explain pasal elaun buku?
6. elaun mara saya dari bulan 9 tahun lepas sampai ke hari ni tak masuk2.. kenapa ye? sepatutnya 700 sebulan saya perlu dapat
7. kenapa elaun untuk bulan julai ni saya dapat lebih kurang RM1100 sedangkan elaun yang saya dapat biasanya RM630.. btw saya dah sem 3 intake julai 2013
Soalan pada hari ini ialah,
8. geng.nk tnya..if dh dpt elaun komputer,adakah still dapat lagi elaun buku?sbgai cth,saya dh dpt elaun buku dan elaun komp pd thn lepas,so pd thn hdpn adakah saya tetap dpt elaun buku?atau pom ditolak sbb dh dpt elaun komp?sori bnyk tnya yer.

Saya lepas dapat elaun komputer, saya masih dapat elaun buku. Cumanya elaun komputer dapat sekali sepanjang pengajian manakala elaun buku dapat setahun sekali. Kalau tahun lepas dah dapat elaun komputer dan elaun buku, tahun ni rasanya dapat elaun buku je la. Rujuk surat tawaran semula.

9. mara saya dah approved tp duit tak dapat lagi.. mcm mana ek? ke kena tggu sampai hujung bulan? thanks :)
Biasanya duit pertama kali dapat tu memang lambat gila dapat. Kalau kat sini pelajar-pelajar baru biasanya tunggu 3-6 bulan untuk dapat duit pertama. Tapi selepas dapat duit pertama tu biasanya dah dapat bulan2 senang je. Cuba selalu fllow up dengan pihak bertanggungjawab untuk mengetahui status kewangan anda.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*