Percutian ke Rumah Panjang Hari Kedua




Hari kedua di rumah panjang dimulakan dengan secawan tongkat ali, (oh pertama kali dalam hidup orang bagi minum tongkat ali, mentang-mentang nak gotong royong jap lagi). Pagi yang sangat tenang.



Hardcore gila gotong royong dimulakan dengan upacara pecah batu. Hahaha. Pintu masuk tu ada jalan raya yang berlubang sikit, so sebahagian dari kami bancuh simen untuk touch up jalan tu semula. Lepas tu kitorang gi tanam pokok bunga.

Lepas tu tengah hari tu saya dan team buat persiapan terakhir sebelum talk kami dimulakan lepas makan tengah hari. Segala mahjong paper. segala info yang penting kami tuliskan untuk dikongsi bersama.








Pada sebelah malam pula kami diperkenalkan dengan budaya pelbagai kaum seperti kaum iban dan kenyan. Pelbagai tarian dipelajari dan banyak lagi hiburan yang lain. Minuman tuak menjadi hidangan bago yang non-muslim dan apa kami yang muslim boleh buat adalah menolak pelawaan mereka dengan baik.


Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*