Percutian ke Rumah Panjang Hari Pertama




Hujung minggu yang lalu saya sertai John Curtin Weekend bertempat di Rumah Robert, Niah. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Curtin University. Tugas utama team saya dalam kem ini adalah motivational talk untuk menarik minat anak-anak kaum Iban di rumah panjang ini untuk masuk ke universiti. Ini merupakan request daripada tuai rumah (ketua kampung) sendiri.

Apabila kami semua sampai ke destinasi, rasa terharu sangat dengan cara mereka menyambut kehadiran kami semua. Anak-anak yang baru pulang dari sekolah masih berpakaian seragam telahpun beratur di pintu masuk menanti kehadiran kami. Para ibu bapa dan penduduk yang lain pun semua ada sekali.


Mereka semua berpusu-pusu ke pintu masuk kampung. Menurut orang-orang di sini, tidak pernah lagi ada orang luar yang datang untuk bermalam di kampung mereka. Mungkin sebab itu lah mereka sangat gembira dengan kedatangan kami ini. Sejenis upacara diadakan di atas tikar. Ada ayam, minuman dan makanan-makanan tradisional diletakkan atas tikar.





Seterusnya kami dibawa berjalan melawat semua blok rumah panjang yang ada di kampung ini. Difahamkan terdapat 7 blok rumah panjang di kampung ini dan hanya satu yang masih menggunakan kayu. Blok-blok lain semua telah dibina semula selepas kebakaran yang pernah berlaku dulu dan menggunakan batu dan simen.



Terpilih menjadi anak angkat kepada keluarga bukan Islam bukan menjadi penghalang kepada saya untuk menunaikan ibadah Fardhu. Saya memang sengaja tak bawa telekung dan hanya menggunakan pakaian biasa yang menutup aurat untuk bersolat. Hanya sarung kardigan panjang sebagai tambahan.


Malam itu bermulalah sesi pertama team Curtin Volunteer bersama kanak-kanak di rumah panjang. Memandangkan slot saya hanyalah esok petang jadi team saya free untuk menyertai mereka bermain dengan surat khabar. Macam-macam aktiviti mereka buat. Budak-budak ni pun memang seronok je. Tak nampak penat langsung.





Saya dah start ngantuk dah sebab perjalanan jauh membuatkan saya letih. Malam tu memang tidur awal gila. Perut pula kenyang kan. Masa mula-mula masuk rumah keluarga angkat terkejut sebab mereka suruh saya tidur di ruang tamu, saya expect tidur dalam bilik sebenarnya, tapi kepala pun dah berat, letak je atas bantal terus shut down.

2 Komen:

Nastyna berkata...

Ni memori berharga sangat ni... lucky u :D eh dah lama akak tak datang sini kan.

Gee Lion berkata...

Dah tambah satu pengalaman yg akan dikenang bila dah penat kerja nanti.. Hehehe.. sampai sekarang pun saya masih teringat.. =)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*