Disember, hujan dan pencuri

Cute December 2014 Calendar


Bulan Disember dah pun masuk. Miri dibasahi hujan yang sangat lebat. Pernah sekali saya terperangkap dalam hujan selama 2 jam di sebuah kedai burger kerana hujan taknak berhenti membasahi hujan.

Bulan Disember bukan sahaja menjemput hujan, tetapi memandangkan pelajar-pelajar yang belajar di Curtin University banyak yang dah balik kampung, bandar Senadin semakin lengang. Ini menjemput pencuri dan perompak pula.


Baru-baru ini rumah kawan saya dimasuki perompak. Sejak kejadian tu saya tak dapat nak tidur malam sebab sangat risau. Bukan harta benda yang saya risau, tapi sebagai perempuan takut dicederakan pula. Maklumlah kalau perompak dah mestinya mampu melakukan keganasan kan.

Namun begitulah, saya masi lagi di Miri kerana musim panas sudah pun tiba. Saya ada kem musim panas dan semester musim panas untuk dihadapi. Bahasa omputehnya summer camp dan summer course.

p/s: Can't wait to go back home!

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*