Pengalaman Bersalin Anak Pertama Part 1



Alhamdulillah saya telah dianugerahkan seorang anak lelaki pada awal tahun ini. Sedikit coretan untuk sisipan masa hadapan.

20/02/2016 Sabtu (10 pagi)

Ada dalam lebih kurang 2 minggu lagi sebelum due. Dalam pukul 10 pagi Zuzu pergi ke tandas untus membuang air kecil. Biasa lah bila dah sarat mengandung ni memang kerap ke tandas. Terdetik hati nak cek hasil bilasan terkejut sebab nampak lendir yang banyak. Lendir berwarna putih susu, bercampur dengan warna merah tua seolah-olah darah ikan dan juga campuran warna merah berani seolah-olah darah terluka jari kena pisau.

Terus kejut Abang yang tengah tidur maklumkan padanya yang tanda-tanda nak beranak dah mula timbul. Sementara Abang mandi, Zuzu maklumkan pada Mama, mak mentua Zuzu yang tinggal serumah. Dia mula risau dan ke depan ke belakang pack barang hospital katanya. Zuzu memang dah siapkan beg hospital sebenarnya jadi tak risau sangat.

Zuzu Whatsapp Mak dan buat carian Google. Menurut carian Google keluar lendir berdarah itu dipanggil "bloody show" dan selepas berlakunya "bloody show" ni anggaran 2 jam hingga 3 minggu lagi untuk bersalin. Bingung kejap Zuzu, kalau macam ni, maknanya nak kena warded ke tidak?

Mak pula reply Whatsapp kata dulu dia sakit contraction dulu baru keluar lendir tu. Zuzu pula memang tak pernah tahu contraction tu macam mana, tak pernah rasa sakit lagi. Mak kata lama lagi kot tapi nak selamat pergi je lah cek. Last check-up haritu pun memang nurse ada kata kalau ada keluar tanda-tanda bersalin terus je pergi labour room. Dan keluar darah tu salah satu tanda yang diberitahu. Jadi kami pun pergi je lah ke hospital.

Sebelum ke hospital, sempat lagi Zuzu drop by office untuk tinggalkan amanah kepada orang yang akan menggantikan tugas-tugas Zuzu bila dah bersalin nanti. Zuzu juga sempat inform mereka siap-siap yang Zuzu akan mula bercuti terus. Lepas tu, baru lah kami pergi ke labour room.

Sampai labour room, daftar dulu lepas tu nurse suruh buat urine test dan tukar kain pink yang mereka sediakan. Lepastu nurse suruh baring kat satu katil. Dalam hati Zuzu, ni mesti nak kena "seluk" ni untuk cek bukaan. Sebab Zuzu dah banyak sangat baca pengalaman orang lain nak bersalin kat internet.

Kemudian, ada satu doktor lelaki Cina sampai dan dia minta tolong satu doktor perempuan untuk buat VE yang seluk-seluk tu kat saya. Hasil VE, tiada bukaan 0cm. Kecewa saya mendengarnya sebab punya lah risau nak diseluk tu sekali hasil macam tu. Maknanya nanti kena seluk lagi. 

Tak lama lepastu 2 mesin dipasang pada perut, satu untuk baca contraction dan satu lagi untuk baca denyutan jantung baby. Bacaan jantung baby sihat tak ada masalah manakala contraction pula kekerapannya sangat rendah. Bermakna setiap contraction tu tak lama dan jarak antara 1 contraction dengan 1 lagi contraction jauh, dalam 30min - 45min macam tu.

Kemudian, beberapa doktor gather depan Zuzu berbincang tindakan. Mereka interview Zuzu macam-macam dan Zuzu hint mereka yang Zuzu tak nak warded maka mereka lepaskan Zuzu pulang dan suruh pergi next check up seperti biasa. Mama dengar berita tu geram je sebab dia kalau boleh nak Zuzu warded cepat-cepat, mungkin sebab dia tak sabar nak timang cucu pertamanya ini.

Bersambung

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*