Pengalaman Bersalin Anak Pertama Part 2



21/02/2016 Ahad (8pagi)

Seawal 8 pagi Zuzu dah kejut Abang gigih nak pergi jalan-jalan di tasik nak memudahkan urusan bersalin. Zuzu juga sempat lagi beli barang dapur dan beli barang terakhir yang ada dalam list beg hospital yang tak setel lagi, iaitu disposable underwear. Maka sekarang beg hospital memang completely siap. Beg untuk di wad saya nanti, beg untuk baju baby sepanjang warded dan beg untuk bawa di labour room. Satu je beg yang Zuzu langsung tak pack iaitu beg makanan sebab Mama memang pro bab ni jadi harapkan dia saja lah yang siapkan. Ketiga-tiga beg yang Zuzu senaraikan tadi, malam 21 hb ni dah masuk kereta. Malam tu Zuzu tidur awal sebab Isnin nak chek up

22/02/2016

Pagi sebelum Zuzu pergi ke hospital tiba-tiba Zuzu rasa macam ada air panas laju turun kat celah kaki Zuzu jadi Zuzu pakai pad siap-siap sebelum pergi ke klinik. Zuzu pergi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak seawal jam 7 pagi sebab malas nak que. Lepas cek macam biasa tu, Zuzu ceritakan apa yang berlaku 2 hari lepas di labour room dan apa yang berlaku kat rumah sebelum datang tadi.

Lepas tu nurse suruh Zuzu refer doktor terus di klinik. Bila jumpa doktor, doktor suruh Zuzu masuk balik bilik nurse untuk cek contraction dan buat VE (sesi seluk menyeluk). Hasil selukan nurse, bukaan dah ada tapi masih lagi 0cm. Semalam tiada bukaan 0cm, harini ada bukaan tapi masih kira 0cm sebab tak sampai 1cm pun.

Contraction pula Zuzu tak ingat berapa tapi kekerapannya agak tinggi. Nurse pelik Zuzu tak rasa sakit contraction langsung sedangkan dari kekerapan tu nampak macam dah lama contraction. Mungkin sebab Zuzu tak tahu sakit contraction tu macam mana. Doktor tulis surat suruh Zuzu serah diri di labour room sekali lagi. Pukul 9 pagi buat pertama kalinya Zuzu rasa sakit di perut macam nak period tapi datangnya sekali sahaja.

Zuzu malas nak ulang alik hospital banyak kali jadi Zuzu terus nekad kali ni masuk labour room nak buat sampai warded sebab kesian kat Abang. Lagipun Mama dah banyak kali bising suruh warded walaupun Zuzu ni sebenarnya masih tenang dan cool saja. Zuzu bagitahu Abang dan Mama berita nak kena pergi labour room. Mama siapkan beg makanan dan Zuzu pula double cek lagi 3 beg tu. Kemudian Zuzu bagitau Abang dan Mama yang Zuzu nak makan lunch dulu sebelum pergi sebab kalau pergi pun dah tengah lunch hour so mesti kena tunggu juga nanti.

Abang dan Mama setuju sebab mereka pun memang lapar. Kami pergi lunch dulu, Zuzu bagitau Mak dengan Abah siap-siap sebelum pergi. Lepas makan tu masa nak jalan pergi ke kereta Zuzu teringat yang selipar yang Zuzu pack untuk pakai dalam wad tu tak sesuai dipakai bila dah bersalin nanti sebab selipar tu tak boleh pakai dengan stokin. Jadi Zuzu singgah kedai depan tempat parking tu beli selipar jenama Bowling tu dalam RM5 terus khas untuk pakai dalam pantang. Kemudian, bermulalah perjalanan menuju ke hospital yang mengambil masa setengah jam dan dijangka tiba pukul 1 petang.

Bersambung.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*